Apco punya pasai yang ada PhD pun terpaksa jadi bangang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Julai 20, 2012

Apco punya pasai yang ada PhD pun terpaksa jadi bangang?

Aku taktau la sapa punya idea BANGANG pilih tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" sebagai tema Hari kebangsaan tahun ni. Aku syak ni tentu Apco punya kerja, bagi nasihat BANGANG macam ni. Bayar mahal-mahal tapi bagi nasihat tahap BANGANG.

Sefaham aku tema Hari Kebangsaan sepatutnya untuk pupuk semangat cintakan negara, untuk pupuk perpaduan dikalangan rakyat dan yang sewaktu dengannya bersesuaian dengan semangat MERDEKA.

Tapi malangnya, bila Umno BN rasa PRU13 yang akan datang ni pilihanraya yang paling getir untuk depa, yang paling mencabar untu depa dan ada yang kata PRU13 nanti menentukan hidup mati Umno, tema Hari kebangsaan pun depa guna untuk kempen pilihanraya.  
MalaysianInsiders melaporkan:
[ Sumber: TMI ]
Memang la tak salah nak guna tema 'janji ditepati' tu, kalau guna "Hidup Umno" sebagai tema Hari Kebangsaan pun tak salah, malah kalau guna tema "Aku suka amah Indon' sebagai tema Hari Kebangsaan pun tak salah.

Mana ada undang-undang pasai tema apa nak pakai. Takdak undang-undang yang kata kalau guna tema BANGANG sebagai tema Hari Kebangsaan kalau sabit kesalahan boleh dihukum denda tak lebih RM25 atau penjara 14 hari contohnya.

Sama jugak macam tak salah jadi bangang ataupun berlakon jadi bangang selagi tindakan si bangang tu tak melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang.
Cumanya jangan marah la kalau orang kata BANGANG tambah-tambah lagi untuk orang yang belajar tinggi-tinggi tapi sanggup berlakon jadi orang BANGANG.

Yang bagi aku lagi semangat guna perkataan BANGANG ni bila menteri yang ada Ijazah Doktor Falsafah ni kata:
"Jadi kalau pembangkang merasakan ini adalah slogan yang bawa kepada pilihan raya saya fikir memang tak salah jika disebutkan begitu.

"Dan pembangkang boleh kata kami (pembangkang) sudah buat ini dan ini, dan ini janji kami (pembangkang), ini pun tak salah.
Kalau nak bagi alasan pun agak-agak la sama. Bagi la alasan yang logik sikit, yang agak-agak relevan. Kalau takdak alasan yang agak-agak orang boleh terima, tak payah bagi alasan lagi bagus, tak la orang kata bangang.

Tapi nak buat macammana Dr. Mahathir, mantan Presiden Umno sendiri dah kata "Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS."

Pasai tu lah kut, yang ada title Dr. pun bila dalam Umno terpaksa berlagak jadi orang BANGANG.

Bukan menteri ni sorang ja yang bangang, ada lagi sorang menteri yang tak kurang jugak tahap BANGANG dia, pun ada PhD dan ada kena mengena dengan hari kebangsaan jugak. Nak tau apa cerita hangpa boleh baca di blog Orang ni.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...