Nampak gayanya Najib kena melabur banyak lagi di Sabah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 26, 2012

Nampak gayanya Najib kena melabur banyak lagi di Sabah

Malaysakini melaporkan:
BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik dari negeri itu.

Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut.

Pembangkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan, katanya.

"Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal" katanya lagi yang merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN.

Beliau bercakap dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara. - Mkini.
Sebelum ni ada dilaporkan dalam perbincangan meja bulat yang sama, dua orang Prof Madya dari UKM dan UUM bagitau hasil kaji selidik yang depa buat Umno BN akan menang PRU13. Bukan setakat menang tapi ada peluang untuk menang 2/3. Tak cukup dengan tu, Kedah dan Selangor pun Umno BN boleh rampas balik.

Berita yang kalau Najib Rosmah dengan tentu seronok punya, silap-silap hari ni pun Najib Rosmah berani bubar parlimen.

Malangnya ada jugak sorang pensyarah UiTM Sabah yang 'potong stim'. Tah macamana dia boleh bentangkan hasil kajian dia yang macam tu.

Dah la sebelum ni dilaporkan Wilfred Bumburing, Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) merangkap Ahli Parlimen Tuaran letak jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahagian Tuaran.

Sebelum tu, Lajim Ukin, Ahli Parlimen Beaufort buat 'kacau' bila ada khabar angin yang Lajim Ukin mungkin akan masuk PAS, siap pi Kota Bharu jumpa TG Nik Aziz.

Kalau betul sampai 14 kerusi BN boleh kalah di Sabah, peluang Najib untuk terus jadi PM mungkin tergugat. Pasainya situasi politik di Sabah ni mungkin sikit sebanyak boleh mempengaruhi pola sokongan di Semenanjung dan Sarawak jugak.

Aku tak rasa bonus raya kakitangan kerajaan yang Najib umumkan semalam boleh bagi kesan kepada corak sokongan di Sabah. Nampanya Najib kena buat sesuatu yang besar di Sabah untuk tarik balik sokongan di Sabah.

Nampak gayanya lambat lagi la kut Najib Rosmah bubar parlimen.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...