Masih ada 'anak jantan' dikalangan pemimpin Umno | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Jun 12, 2012

Masih ada 'anak jantan' dikalangan pemimpin Umno

Sebelum ni aku ada tulis artikel bertajuk "Ghani Othman berani jadi lebih jantan dari Najib?" yang antara lain aku tulis:
Setakat yang aku tau, tak pernah jadi lagi debat antara pemimpin PAS dan pemimpin Umno. Yang ada pun mungkin macam antara Dr. Mujahid dengan Tajuddin Rahman tapi tu bukan debat, lebih kepada bentuk forum.

Yang paling hampir sekali dan jadi bahan sejarah politik yang cukup penting adalah debat isu kafir mengkafir masa zaman Dr. Mahathir jadi PM tapi dibatalkan di saat-saat akhir. - Ibid.
Satu kesalahan fakta di situ. Sebenarnya dah pernah ada sekali debat antara pemimpin PAS dan pemimpin Umno sebelum ni.
Rupa-rupanya pada tahun 2003 ada berlangsung satu debat antara pemimpin PAS dan pemimpin Umno. debat antara Salahuddin Ayub yang masa tu sebagai Timbalan ketua Pemuda PAS Pusat dengan Nazri Aziz yang masa tu Menteri Pembangunan Usahawan.

Debat berkenaan isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang timbul asil tindakan SELAKA Dr. Mahathir yang masa tu jadi PM yang menghentiokan bantuan perkapita kepada semua Seklah Agama Rakyat.

Debat tu diadakan di secara tertutup di Dewan Bahasa dan Pustaka yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah DBP masa tu, A Aziz Deraman. Cuma 500 penonton, yang dapat kad jemputan saja yang boleh hadir.

Selepas berlangsung debat antara Rafizi Ramli dengan Khairi Jamaluddin dalam isu PTPTN bulan lepas, SinarHarian sekali lagi akan anjurkan debat politik, kali ni antara Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS dengan Saifuddin Abdullah, Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Sinar harian melaporkan:
[Sumber: FB Page SalahuddinAyub]
Yang menariknya, tajuk debat tu 'masih lagi dibincangkan peringkat akhir'. Pelik jugak aku, bersetuju berdebat tapi tajuk pun tak kompom lagi.

Apa pun, aku harap ada siaran TV yang berani buat siaran secara langsung. Tapi kalau takdak aku harap sangat-sangat SinarHarian atau mana-mana pihak boleh usahakan supaya dibuat siaran secara langsung melalui internet.

Mana seronok baca laporan berita dulu lepas tu baru boleh tengok video siaran tertunda.

Apa pun, ucapan tahniah untuk Saifuddin Ambullah pasai berani sambut cabaran berdebat dengan pemimpin PAS. Bukan senang nak jumpa pemimpin Umno sekarang ni yang berani berdebat dio pentas terbuka macam ni.

Moga-moga Umno tak ambik tindakan ke atas Ahli Majlis Tertinggi Umno ni pasai sanggup berdebat dengan pemimpin PAS. Mana tau kut-kut Najib tak puas hati pasai ada pemimpin Umno yang seolah-olah perli Najib bukan anak jantan pasai tak berani sambut cabaran berdebat dengan Anwar Ibrahim.

lagi satu, jom ramai-ramai 'LIKE' facebook page Salahuddin Ayub.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...