Cuma 24 cedera masa Bersih 3.0 dan 12 adalah anggota polis? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 13, 2012

Cuma 24 cedera masa Bersih 3.0 dan 12 adalah anggota polis?

Hishamuddin Hussien, Menteri Dalam Negeri semalam bagitau Sidang Dewan Parlimen cuma 24 orang cedera masa Himpunan BERS✔H 3.0 pada 28 April lepas.

Ish! Takkan la himpunan yang depa kata cukup huru-hara tu cuma 24 orang ja yang cedera. Mungkin Hishamuddin patut tanya pada Suhakam berapa orang yang cedera yang melapor kepada Suhakam.

Kalau tengok ke video yang belambak-lambak di youtube nampak macam ramai yang cedera dibelasah polis secara berkumpulan dikhalayak ramai.  Mungkin jugak setakat lebam sikit-sikit dan luka sikit-sikit depa tak anggap depa cedera.

Aku yakin ramai lagi penunjuk perasaan yang yang cedera tapi depa tak laporkan kecederaan depa. Apa kejadahnya nak laporkan kecederaan kalau lepas buat laporan depa kena cekup pulak.
Tapi yang lagi memushkilkan dari 24 yang dikatakan cedera tu 12 orang adalah anggota polis. Yang aku mushkilnya, dari semua video youtube yang aku tengok aku tak perasan pulak ada anggota polis beruniform yang dibelasah. Yang ada pun mungkin pemandu kereta polis yang langgar 3 orang sampai cedera parah tu.

Tapi kalau nak kata pemandu tu polis tak berapa nak logik pulak pasai nampak jelas pemandu kereta polis tu dah la pakai baju biasa, pakai seluar pendek pulak. Yang lebih mushkil siap pakai helmet. Kalau nak menyamar pun apa kejadahnya bawak kereta polis pulak, siap pakai helmet pulak tu, takkan kereta polis pun nak buat drift kut.

Aku syak 12 orang anggota polis yang cedera tu kebanyakkannya polis yang menyamar, silap-silap ada yang kena belasah dengan anggota polis beruniforn yang tak kenai anggota polis yang menyamar. Tak pun depa tu bukan dicederakan tapi tercedera, mungkin silap sepak, nak sepak penunjuk perasaan tapi tersepak tiang

Kemushkilan tu cuma boleh dirungkai kalau Hishamuddin cerita secara terpeinci sapa-sapa yang cedera tu, siap dengan detail sapa yang mencederakan, tahap kecederaan dan samada dicederakan atau tercedera. Kalau setakat sebut macam tu ja sapa pun boleh.

Bharian melaporkan:
Seramai 24 orang, termasuk 12 anggota polis yang bertugas, dilapor cedera ketika perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, berkata seramai 512 individu yang terbabit dalam perhimpunan itu ditahan pada hari kejadian.

"Semuanya sudah dibebaskan dengan ikat jamin polis selepas rakaman percakapan mereka dibuat.

"Selepas itu, tujuh penunjuk perasaan dan dua penjawat awam yang juga anggota polis bertugas sudah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini. - Bharian.
Takkan 7 orang saja penunjuk perasaan ditangkap, macamana dengan lebih seratur orang yang katanya saspek yang polis keluarkan gambar dalam facebook mintak serah diri tu. Siap ugut lagi sapa yang tak serah diri polis akan pi cari sampai ke rumah. Takkan tak jumpa kut.

Ataupun Polis Diraja Malaysia yang katanya cukup cekap tu dah jumpa cari semua saspek tu tapi cuma 7 ditangkap, yang lain dibebaskan pasai tak bersalah.

Satu lagi, mungkin Hishamuddin lupa nak bagitau, 2 orang polis yang ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah tu adalah antara anggota polis yang membelasah wartawan. Macam mana pulak dengan lain-lain anggota polis yang membelasah penunjuk perasaan sedcara berjamaah dikhalayak ramai sampai ramai penunjuk perasaan yang cedera tu. Takkan sampai hari ni masih tak boleh dikenal pasti kut.

Kalau macam ni la cara polis dan Kementerian Dalam Negeri buat kerja, jangan la buat-buat heran pasai apa ramaii rakyat Malaysia dah tak hormat dengan polis.

Jangan heran kalau diadakan himpunan bersih 4.0, lebih ramai lagi yang akan turun. selain dari tak puas hati pasai tuntutan Bersih belum ditunaikan, ramai jugak yang turun demonstrasi 4.0 nanti pasai tak puas hati dengan polis.

[Sumber imej: Greenbox]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...