Memang berbaloi-baloi kalau boleh luangkan masa tengok debat ni. Tak macam debat sebelum ni antara Anwar dengan Shabery Chik yang macam perlawanan tinju antara peninju light weight dengan peninju heavy weight.
Dari segi kelulusan dan ketokohan nampak macam seimbang kalau kita tengok dengan minda terbuka, kalau kita boleh buang sat fanatik kepartian kita. Mungkin keterlaluan sangat kalau aku kata dalam Umno BN mungkin hanya Khairy sorang saja yang layak berdebat dengan Rafizi ni, tapi realitinya setakat hari ni cuma Khairy sorang saja nampak berkelayakan dan berani.
Jauh la layaknya Khairy ni untuk berdebat kalau nak dibandingkan dengan pemimpin Umno lain termasuklah pemimpin kanan Umno macam Ali Rustam yang cuba nak mempopularkan berdebat stail bangang.
Pada aku, pujian patut dibagi kepada Khairy yang berani sambut cabaran Rafizi untuk berdebat secara terbuka macam tu. Tambah-tambah lagi dalam keadaan dia yang terpaksa defensif, terpaksa mempertahankan dasar Umno BN yang dia sebenarnya bukan dibawah kuasa dia.
Berbanding dengan Rafizi yang memang tajuk yang diperdebatkan tu, dia salah seorang yang merangka dan buat kajian untuk buat buat blue print.
Memang dari awal lagi kelebihan berpihak kepada Rafizi pasai apa saja yang nak Rafizi bentangkan belum diuji sebaliknya apa yang Khairy terpaksa pertahankan memang nampak kelemahannya pasai telah dan sedang berjalan.
Pusingan pertama
Pusingan kedua
Pusingan ketiga
Sebagai kesimpulannya, mungkin imej bawah ni boleh menggambarkan kesimpulan dari debat tu.
[Sumber: AnakSungaiDerhaka] |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis