Tak habih-habih rakyat kena permain dengan KATAK | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Jun 12, 2012

Tak habih-habih rakyat kena permain dengan KATAK

Aku ingatkan berita beberapa orang pemimpin BN Sabah tu dah confirm sah lompat parti masuk PKR. Kalau tengok ke popularnya tajuk depa lompat tu nampak macam dah sah la berita tu.

Yang jadi aku taktau cerita sebenarnya pasai aku memang tak baca langsung cerita pasai lompat melompat depa ni. Malas nak baca pasai aku langsung tak setuju.

Aku punya pendirian cukup mudah dan jelas, tak kira dari parti mana, kalau yang nak lompat tu seorang wakil rakyat dia kena LETAK JAWATAN sebagai wakil rakyat sebelum melompat parti.

Pasainya setiap orang yang menang pilihanraya kat Malaysia ni menang sebab dia mewakili parti kecuali kalau dia menang sebagai calon bebas.

Memang tak dinafikan setiap calon ada penyokong sendiri tapi biasanya kalau takat harapkan penyokong sendiri memang tak menang punya, kecuali beberapa kes yang sangat-sangat terpencil. Tu pun tak boleh dinafikan dia dapat penyokong pun sebab parti.

Jadinya kalau betul macam ramai yang melompat parti atas alasan pentingkan rakyat memang sepatutnya letak jawatan. Kalau takmau letak jawatan maknanya dia lebih pentingkan diri sendiri dari rakyat.

Rupa-rupanya berita lompat melompat di Sabah tu cuma khabar angin. Mungkin kut memang ada sikit sebanyak asasnya tapi kalau yang punya tuan diri dah menafikan nak kata apa lagi.

mStar melaporkan:
[Sumber: mStar]

Bharian pulak melaporkan:
Sementara itu di RANAU, bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam menafikan dakwaan kononnya beliau antara pemimpin Sabah yang akan menyertai PKR.

“Tidak benar sama sekali bahawa saya berhasrat untuk menyertai mana-mana parti pembangkang,” katanya kepada BERNAMA.

Selain Kasitah, laporan akhbar kelmarin menyebut beberapa pemimpin lain yang bakal menyertai PKR termasuk bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Osu Sukam, bekas Timbalan Ketua Menteri dan ADUN Banggi, Datuk Amir Kahar Mustapha, dan Naib Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Senator Datuk Maijol Mahap. - Bharian.
Tak habih-habih la kita kena permain dengan orang politik takdak pendirian ni. Kalau betul nak lompat tu lompat ja la. Tak payah la nak bagi alasan konon ambil kira kepentingan rakyat.

Bertambah meluat aku dengan ahli politik yang ada ciri-ciri berudu ni, MACAM SIAL.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...