Awat tak keluarkan gambar muka polis wanted satu persatu.. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 05, 2012

Awat tak keluarkan gambar muka polis wanted satu persatu..

Kalau sebelum ni polis Kuala Lumpur dah edarkan 49 muka-muka wanted semalam depa keluarkan 49 lagi gambar saspek peserta himpunan. Kali ni sekali dengan gambar saspek dari kalangan polis yang melakukan keganasan.

Macam sebelum ni, gambar-gambar tu polis siarkan melalui facebook dan macam jugak sebelum ni polis minta mereka-mereka yang gambar depa keluar supaya serah diri di balai polis berhampiran dan sapa-sapa yang ada maklumat berkenaan muka-muka wanted tu juga diminta serahkan ke balai berhampiran.

Cuma yang aku mushkilnya, pasai apa pulak untuk wanted dari kalangan peserta himpunan Bersih tu pihak polis keluarkan gambar sorang-sorang tapi saspek yang dari kalangan polis pulak depa keluarkan gambar ramai-ramai polis tengah belasah orang dan takdak pulak gambar muka sorang-sorang.
Kalau ikut laporan sebelum ni, polis kata takdak masalah nak kenalpasti kalau ada polis yang terlibat. Kalau takdak masalah patutnya polis boleh keluarkan gambar anggota polis terbabit lengkap dengan maklumat peribadi depa macam nama penuh, pangkat dan juga nombor polis depa.


Yang lawaknya Kementerian pengajian tinggi boleh pulak 'paksa' mahasiswa yang keluar gambar depa sebelum ni supaya serah diri kepada polis. Boleh pulak tu kata ada 22 orang mahasiswa yang keluar gambar depa.

Kalau dah tau ada 22 orang maknanya depa dah kenai la mahasiswa-mahasiswa tu. Kalau Kementerian Pengajian Tinggi pun dah kenai takkan polis tak kenai, kalau polis dah kenai apa perlu pulak polis mintak maklumat dari orang ramai.

Apa pun, aku setuju sangat dengan bekas presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab yang mempersoalkan untuk apa siarkan gambar tanpa maklumat peribadi.

Malaysiakini melakukan:
"Kenapa perlu menyerah diri? Dikeluarkan 49 gambar yang tanpa nama, dan nombor kad pengenalan dan kemudiannya disuruh menyerah. Kita lihat ia tidak mempunyai basis yang kuat untuk polis memaksa mereka itu untuk menyerah," katanya yang juga anggota jawatankuasa pemandu BERSIH. - Mkini.
Ada member aku kata, kalau macam tu, babi pun tak mengaku babi... Hahaha...

Sumber gambar: FB Polis


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...