IPOH: Seorang lagi dipercayai ada kaitan dengan penglibatannya dalam himpunan Bersih 3.0 telah ditahan hari ini.Yang pertama di tangkap adalah R Thangam adalah Ketua Cabang PKR Rasah. Ada yang dakwa dia adalah orang yang pertama tempuh pagar polis di Dataran Merdeka. Kalau tengok ke gambar yang banyak tersebar, memang ada mirip muka dia.
Amirullah Sidik, 43, telah ditahan di Pejabat PAS Perak dan dibawa ke IPD Ipoh kira-kira 2.05 petang tadi.
Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Perak (Juham), Zambri Rahim berkata, Amirullah ditahan atas seksyen 440 kanun keseksaan iaitu menyebabkan kerosakan harta benda awam.
“Tahanan ini dibawa ke IPD Dang Wangi untuk disoal siasat dan kemungkinan akan ditahan reman jika siasatan tidak selesai pada hari ini,” katanya.
Menurut seorang saksi, bekas pegawai tentera itu sudah diekori pihak Polis sehingga di kediamannya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta sejak sabtu lalu. - PerakiteDaily.
Cumanya macam si peguam VK 'correct' Linggam kata "Its look like me, sound like me but not me". Kalau VK Linggam boleh lepas takkan R Thangam tak boleh lepas kut.
Yang kedua ditangkap adalah Khalid Ismeth. Dia ni ditangkap pasai muka dia dikatakan sama dengan muka mamat yang terajang polis trafik yang cukup luar tersebat di internet. Muka ada sikit-sikit iras tapi kalau tengok ke baju memang konfirm orang lain.
Yang ke tiga dan ke empat macam yang dilaporkan Harakahdaily, sorang ahli Unit Amal dan sorang lagi ahli AMK. Ahli Unit Amal tu Mat Kamal Ismail dari Teluk Kemang manakala ahli AMK tu Farhan Ibrahim dari Melaka Tengah. Yang ni aku takmau komen pasai takdak keterangan lanjut dan muka pun tak keluar.
Cuma yang aku mushkilnya, takdak pulak keluar berita pasai anggota polis yang di tahan. Kalau tengok dari 2 keping gambar yang polis sendiri keluarkan, paling kurang ada 17 orang anggota polis yang patutnya ditahan untuk siasatan.
Takkan kut nak kenalpasti anggota sendiri pun tak boleh. Takkan polis sendiri tak kenal anggota depa.
Selain dari muka-muka yang langsung tak clear yang polis keluarkan, blog Tukartiub pun keluarkan muka-muka polis wanted yang katanya terlibat pukul peserta Bersih 3.0.
Selain tu SAMM pun ada keluarkan dalam Facebook lebih banyak muka-muka polis wanted.
Muka-muka ni aku rasa depa ambik dari gambar anggota polis tengah pukul peserta himpunan Bersih 3.0. Polis-polit tu bukan setakat pukul tapi depa kerumun macam sekumpulan anjing jenis hyena berebut bangkai.
Playlist himpunan video Kekejaman Polis Bersih 3.0 di youtube (klik sini untuk ke senarai playlist)
Berkaitan:
- Muka "Wanted" Di Malaysia - Blog Isa
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis