Bukan setakat sedia untuk PRU13, silap-silap Johor pun PR sapu | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 08, 2012

Bukan setakat sedia untuk PRU13, silap-silap Johor pun PR sapu

Kelmarin dulu, Dr. Mahathir dilaporkan berkata Pakatan Rakyat tak yakin boleh menang PRU13, pasai tu dia kata Pakatan Rakyat berusaha untuk gulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan termasuk melalui himpunan Bersih 3.0.

mStar melaporkan:
"Mereka (pembangkang) sedang bersedia kalau kalah lagi dalam pilihan raya akan datang, mereka akan cetus huru-hara dengan membuat demonstrasi, buat desakan kononnya kerajaan sekarang ini tipu bagi membolehkan Barisan Nasional menang.

"Inilah pendekatan mereka sekarang," katanya kepada pemberita selepas majlis Wacana Tokoh Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Penjawat Awam Persekutuan Negeri Kedah di sini, Ahad. - mStar.   
MalaysianInsider pulak melaporkan lebih jauh lagi:
[Sumber: TMI]
Realitinya, macam ulasan Salahuddin Ayub, apa yang Dr. Mahathir kata tu sebenarnya adalah menifestasi kepada kebimbangan Umno BN untuk hadapi pilihanraya dan itu hanya ingin menutup kerisauan pada ahli Umno dan BN sendiri.

Sebelum ni pun dah banyak benda yang Najib Rosmah buat untuk memancing undi rakyat pasai takut kalah dalam PRU13 yang tak pernah dibuat sebelum ni.

Mana pernah sebelum ni kerajaan bagi RM100 kepada semua pelajar sekolah tak kira miskin atau kaya. Tak cukup dengan tu, dibagi pulak RM500 untuk setiap keluarga yang berpendapatan dibawah RM3000.

Dan yang terbaru untuk pastikan kawasan Felda terus jadi fix deposit untuk Umno BN, Najib Rosmah melalui Felda nak bagi paling kurang RM15,000 untuk setiap keluarga peneroka Felda dengan dana berjumlah lebih RM1.6billion

Sebenarnya, Umno BN bukan setakat tak berapa nak yakin boleh kekal memerintah lepas PRU13 tapi sampai tahap tak yakin masih boleh menang di negeri-negeri termasuk negeri Johor, negeri kelahiran Umno BN.

Tambah-tambah lepas Salahuddin Ayub kata nak bertanding di Johor dan diwar-warkan pulak sebagai calon MB yang baru memang nampak sangat kerisauan depa, sampai tahap Salahuddin Ayub nyaris-nyaris di pukul di kampung Skudai Kiri.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...