Pelajar itu disiasat kerana didakwa melakukan kekacauan dan rusuhan yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta awam.
"Pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan bagi proses tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap Khalid dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.
Beliau berkata polis sudah selesai menjalankan siasatan ke atas laporan terhadap Khalid membabitkan kejadian menendang anggota polis trafik serta melakukan rempuhan ke atas polis semasa perhimpunan itu.
Beliau menambah siasatan berhubung dakwaan Khalid mengeluarkan kenyataan ugutan kerana 'ingin membunuh polis' di dalam laman sosial Facebook miliknya akan disiasat oleh Polis Kontinjen Selangor. - Mkini.
Aku rasa ada arahan dari Umno BN supaya Khalid Ismeth tak ditahan lebih lama bila tengok sokongan moral yang Khalid dapat terutama sekali dari kalangan mahasiswa sangat hebat.
Aku rasa depa takmau Khalid Ismeth jadi macam Adam Adli yang bagi kesan yang cukup hebat kepada kebangkitan golongan mahasiswa sampai tahap bukan saja berani berdemonstrasi dengan berjalan ke Dataran merdeka tapi sampai tahap berani dan berjaya berkhemah di Dataran Merdeka hampir 2 minggu.
Walaupun diganggu termasuk oleh DBKL dan juga samseng Kampung Dusun Umno, depa tak berganjak dari Dataran Merdeka sampai ke himpunan Bersih 2.0 pada 28 April lepas.
Kalau di tengokkan kes Khalid Ismeth ni lebih boleh tarik simpati berbanding ker Adam Adli dulu. Adam Adli dianggap hero pasai berani turunkan bendera dengan gambar Najib di perkarangan PWTC.
Situasi Khalid Ismeth pulak adalah manifestasi kemarahan dia pasai mak dia dibelasah teruk masa himpunan Bersih baru-baru ni sampai tahap terpaksa dirawat dihospital akibat rosak usus. Dia meluahkan kemarahan dia di Facebook dengan komen:
"Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan."Situasi tu cukup mudah untuk tarik simpati masyarakat termasuk mahasiswa dan kes dia dituduh tendang polis trafik tu akan tenggelam.
Dia yang dituduh tendang polis trafik tu cuma hasil gambar yang ada muka mamat yang lakukan aksi tu macam muka dia. Katanya baju yang mamat tu pakai tak sama dengan baju yang Khalid Ismeth pakai masa Himpunan Bersih 3.0 tu.
Kalau Khalid Ismeth ditahan lebih lama, mungkin depa rasa akan lebih membangkitkan lagi kemarahan mahasiswa terutamanya yang mungkin akan buat aksi yang lebih hebat dari berkhemah di Dataran Merdeka.
Dengan PRU13 mungkin diadakan bila-bila masa, Umno BN tentu takmau kemarahan mahasiswa terus meningkat yang tentunya akan mempengaruhi peti undi.
Berkaitan
- TENDANG POLIS!!! SB punya angkara, kenapa Khalid Ismath jadi mangsa? - PASPB
- Khalid Ismath mungkin ditahan kali kedua - Harakahdaily
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis