Satu tindakan yang cukup jelas adalah usaha terakhir Najib Rosmah untuk pastikan kawasan Felda tetap jadi fix deposit untuk Umno BN.
Hari ni Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR komen durian runtuh tu dari sudut angka. Dia persoalkan jumlah yang Nanjib Rosmah sebut nak bagi kepada penerota tu terlalu sikit berbanding dengan jumlah yang depa patutnya dapat.
Angka RM15,000 tu cuma 30% dari angka RM50,000 yang sepatutnya setiap keluarga peneroka boleh dapat. Yang lagi 70% lepas ke mana, sapa yang dapat, atau lebih tepat lagi sapa yang akan belanja?
Rafizi tulis dalam blog dia, RafiziRamli.com:
Pengumuman yang dibuat Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.Isu yang paling relevan sekarang ni, adakah orang Felda peduli dengan komen PKR melalui Rafizi ni. Malah mungkin lebih tepat lagi kalau kita tanya berapa orang sangat yang berpeluang dengar komen Rafizi ni.
KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.
Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.
Ini berikutan urus niaga yang berikut:
1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru
2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru
3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65
4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion
5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion
Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.
Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato’ Seri Najib Tun Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.
Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau. - RafiziRamli.com.
Tak payah nak heran la kalau makcik-makcik macam gambar kat atas tu halau dengan penyapu kalau perayu undi PAS singgah rumah depa masa kempen PRU13 nanti.
Macam aku tulis sebelum ni, aku cukup yakin selepas ni akan ada 'samseng kampung dusun' yang akan sekat pemimpin PR dari masuk ke kawasan Felda.
Dengan durian runtuh tu tentu ada yang sanggup tunggu Rafizi Ramli depan puntu masuk kawasan Felda dengan kayu 3 tengah 2.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis