Anwar arah BPR tutup kes rasuah Azmin 17 tahun dulu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 30, 2012

Anwar arah BPR tutup kes rasuah Azmin 17 tahun dulu?

Bharian melaporkan:
KUALA LUMPUR: Raja Petra Kamaruddin mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kes rasuah jutaan ringgit membabitkan Setiausaha Sulitnya, Mohamed Azmin Ali ditutup ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pengarang portal Malaysia Today itu mendakwa Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika itu bil tindakan lanjut (NFA) ke atas Mohamed Azmin dan menghapuskan fail siasatan walaupun mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwanya.

Raja Petra berkata, maklumat itu diperoleh daripada seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyerahkan dokumen sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi itu di London bulan lalu. - Bharian.
Bharian juga melaporkan:
Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen berkenaan, BPR mempunyai bukti jelas Mohamed Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek,” katanya yang turut menyiarkan dokumen itu menerusi portal beliau semalam.

Semua urus niaga yang disah dan diperakui bank adalah antara beratus-ratus fail dokumen yang diserahkan pegawai SPRM itu selain laporan polis dan siasatan, penyata akaun dan bank, salinan cek, baucer dan nota kontrak.

“Saya mesti nyatakan bahawa kandungan fail yang tebal itu mengambil masa cukup lama untuk dibaca dan difahami, bukan saja sangat menarik tetapi memberi kesan yang sangat buruk kepada Anwar dan Mohamed Azmin.

“Dalam fail itu juga menyatakan Mohamed Azmin menerima RM15,000 sebulan daripada seorang ahli perniagaan terkemuka bergelar Tan Sri dan perkara itu masih berlaku.

“Paling penting adalah bagaimana Anwar meminta kes itu ditutup sedangkan BPR mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwa Mohamed Azmin,” katanya. - Ibid.
Bharian juga melaporkan:
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) yang mendakwa terbabit dalam siasatan kes Mohamed Azmin Ali dan isteri, Shamsidar Taharin pada 1995 mempersoalkan tindakan menghentikan siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata, tindakan bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafee Yahaya yang mendapat arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak sepatutnya berlaku kerana memang jelas Mohamed Azmin dan isterinya memiliki harta yang tidak setimpal dengan pendapatannya.

Sebagai Setiausaha Sulit Anwar ketika itu, katanya, Mohamed Azmin hanya memperoleh pendapatan bulanan RM2,442 tetapi mampu membeli dua rumah dan harta lain.

“Saham yang dimiliki Mohamed Azmin dan isterinya juga umpama seorang ahli perniagaan. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta.

“Itu tak termasuk baki di dalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah lebih RM300,000. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup sedemikian?” katanya. - Bharian.
mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mendakwa memiliki 'fail rahsia' mengenai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995.

Dalam entri terkini bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu.

RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit.

RPK berkata fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah. - mStar.
Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...