Apa pun jadi, rakyat tetap turun ke himpunan BERSIH 3.0 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, April 07, 2012

Apa pun jadi, rakyat tetap turun ke himpunan BERSIH 3.0

Bahang kehangatan himpunan BERS✔H 3.0 semakin terasa. Ramai yang dah tak sabar-sabar nak turun. Dah tak lama dah, lagi 3 minggu saja lagi.

Ada sorang member dari kalangan Pemuda PAS sembang dalam telefon bagitau aku dia dah kena belasah bila bagi jawapan yang 'tak tepat' pasai himpunan BERSIH 3.0.

Bukan tak tepat macamana, ada pemuda yang tanya ada sewa bas dak kali ni, member tu jawab "Nanti la, belum ada arahan lagi."

"Nak tunggu arahan kepala otak hangpa apa lagi?" 
"Nak tunggu semua tiket bas, tiket keretapi dah habih, semua bas sewa pun dah penuh?"

Senang ceritanya sekarang ni, kalau ada dikalangan pemimpin PR yang berani tak bagi sokongan kepada Himpunan BERSIH 3.0 ni, memang masak la kena belasah.

Petang tadi ada sorang member tanya aku, turun ka dak, aku jawab, "Takdak alasan kut untuk tak pi, kalau mati boleh ditangguh, mati pun patut kita tangguh dulu...

Apa pun, aku suka kenyataan Hj Mat Sabu macam yang harakahdaily laporkan:  
KUALA LUMPUR, 7 April: Jika pemimpin ditangkap sekalipun, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) yakin rakyat tetap membanjiri ibu kota dan tempat-tempat lain menyemarakkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

"Dalam keadaan serba ketakutan setelah Bersih 2.0 dahulu mengakibatkan imej (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) merudum, saya yakin kerajaan Umno akan memperalatkan habis-habisan polis dan lain-lain pihak berkuasa untuk mematahkan perhimpunan Bersih 3.0 itu," kata beliau.

Beliau menjangkakan, sama seperti menjelang perhimpunan Bersih 2.0 lalu, para pemimpin parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan ditangkap dengan harapan untuk menakut-nakutkan rakyat dari berhimpun.

"Tetapi, walaupun hampir semua para pemimpin tertinggi ditangkap awal-awal lagi ketika perhimpunan Bersih 2.0 belum pun bermula, rakyat tetap membanjiri Kuala Lumpur berhimpun menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Berhimpun tanpa pemimpin.

"Lautan manusia berhimpun di KLCC dan di pelbagai tempat di Kuala Lumpur.

"Kebangkitan itu hampir 100 peratus kebangkitan rakyat, tiada pemimpin tertinggi dan itulah sebabnya para pemimpin Umno 'kencing di dalam seluar' mereka," kata Mohamad. - Hrkh.

Yang jadi lagi menarik bila dia dilaporkan berkata:
"Di dalam ceramah-ceramah saya, selalu saya menyatakan impian saya untuk melihat kebangkitan tanpa pemimpin seperti yang berlaku di Mesir sehingga tergulingnya Hosni Mubarak.

"Kebangkitan itu tidak digerakkan oleh mana-mana pemimpin parti politik tetapi dicetuskan oleh anak-anak muda aktivis rakyat seperti Wail Ghonim," katanya.

Beliau juga yakin selagi lapan tuntutan Bersih belum ditunaikan, rakyat tetap berhimpun dan berhimpun.

"Selepas Bersih 3.0, akan ada Bersih 4.0, Bersih 5.0, Bersih 6.0 dan seterusnya dan seterusnya selagi pilihan raya negara ini kotor dan tidak adil," tegas beliau. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...