Fuad Zarkasi dah kecut perut dengan Salahuddin di Batu Pahat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 02, 2012

Fuad Zarkasi dah kecut perut dengan Salahuddin di Batu Pahat?

Salahuddin Ayub vs Fuad Zakarshi
Nampaknya Umno Johor dah semakin tertekan dengan strategi PAS yang bukan setakat bawak balik Salahuddin bertanding di Johor tapi diwar-warkan pulak Salahuddin Ayob sebagai calon Menteri Besar Johor.

Kalau sebelum ni kita boleh tengok macamana Muhyiddin dan Ghani Othman tak senang duduk dan kerap buat aktiviti di Johor, kali ni Ahli Parlimen Batu Pahat pulak 'menzahirkan kegelabahan' dia.

Untuk bagi tak berapa nak nampak mengelabah, Ahli Parlimen Batu Pahat, Fuad Zarkasi yang juga Timbalan Menteri Pelajaran itu cuba tunjuk hebat dengan 'mencabar' Salahuddin bertanding di Batu Pahat.
Aku berani kata Fuad semakin gelabah pasai macam dalam laporan oleh SinarHarian, selain dari mencabar Salahuddin tu, Fuad jugak cuba seleweng fakta dan cuba spin macam blogger penchachai buat, tuduh Salahuddin dah tak laku di Kelantan.

Padahal, macam yang aku ada laporkan sebelum ni, Salahuddin di pujuk oleh Pesuruhjaya PAS Johor sendiri supaya balik mengetuai senarai calon PAS di Johor dengan bertanding di Johor.

Yang lebih menarik lagi, bukan setakat Pesuruhjaya PAS pujuk Salahuddin, Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau pun secara rasmi dah jemput Salahuddin balik bertanding di Johor.

TG Nik Aziz pulak sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan ada keluarkan statement yang menggambarkan dengan berat hati setuju untuk lepaskan Salahuddin balik bertanding di Johor demi untuk mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat di negeri kelahiran Umno tu.

Dengar ceritanya orang Kubang Kerian pun tak merungut pasai prestasi Salahuddin di kawasan sebab hampir setiap minggu kalau takdak program di tempat lain Salahuddin memang 'balik' ke kawasan untuk bersama dengan masyarakat di Kubang Kerian.

Yang buat Fuad Zarkasi mengelabah tu pasai antara kerusi yang disebut-sebut Salahuddin akan bertanding termasuk kerusi Parlimen Batu Pahat.

Sepatutnya dengan majoriti besar yang dia dapat masa PRU12 sebanyak 12,704 undi tu dia tak sepatutnya risau, tapi dia pun sedar PRU13 tak sama macam PRU12.

Masa PRU12 dulu swing pengundi cina di Johor tak sebesar swing di Perak dan katanya sokongan masyarakat cina di Johor kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS meningkat dengan mendadak dari 55% pada PRU12 kepada sehingga 90% sekarang.

Tak payah swing sampai 35%, kalau orang cina swing 25% pun dah cukup untuk tutup majoriti tu. Tu belum lagi dicampur swing orang Melayu dan orang India. Belum lagi kira pembolehubah-pembolehubah lain termasuk faktor peribadi Salahuddin sendiri sebagai calon dan disebut-sebut pulak sebagai bakal MB Johor.

Ringkas ceritanya, memang patut sangat pun Ahli Parlimen Batu Pahat tu mengelabah.

SinarHarian melaporkan:
[Sumber: SinarHarian]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...