Apa masalahnya dengan DHPP Perak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 02, 2012

Apa masalahnya dengan DHPP Perak?

Dato' Seri Nizar Jamaluddin MB Perak
Selain membincangkan tentang Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), bekas Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat Perak merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang dan AJK PAS Pusat, Dato' Seri lr Mohammad Nizar Jamaluddin turut menggariskan dasar-dasar kerajaan Perak menyantuni masyarakat bukan Melayu. Ikuti interbiu eksklusif AZIZ MUDA bersama beliau pada 26 Mac lalu.

HARAKAH: Apakah DHPP boleh membantu PAS untuk mencapai kemenangan dalam PRU13 akan datang?
MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDN: DHPP sememangnya boleh membantu PAS untuk capai kemenangan dalam pilihan raya. Jadi, saya berharap agar DHPP turut diberikan peluang oleh PAS untuk menjadi calon bagi mewakili PAS pada PRU13 nanti, khususnya di negeri-negeri yang mempunyai calon seperti di Johor. Kepentingan DHPP menjadi calon PAS sememangnya telah dibincangkan dalam mesyuarat-mesyuarat dan dialog-dialog yang diadakan oleh PAS dan DHPP.

Bagaimana perkembangan DHPP Perak?
Pemimpin DHPP Perak dilantik oleh Badan Perhubungan PAS Perak dengan persetujuan PAS Pusat. Sehingga hari ini, pemimpin DHPP adalah dilantik oleh PAS. Di Perak, bilangan kaum India lebih besar bilangamya yang menjadi ahli DHPP berbanding kaum Cina.
Apabila PAS melantik orang Cina menjadi pemimpin DHPP, sememangnya timbul rasa tidak puas hati di kalangan orang India. Kaum India lebih suka jika PAS melantik orang India yang menjadi pemimpin DHPP di Perak, sejajar dengan jumlah mereka yang lebih ramai menjadi ahli DHPP berbanding kaum Cina.

Jadi, kenapa ini tidak berlaku?
Sungguhpun begitu, mereka yang tidak puas hati itu hanyalah segelintir sahaja iaitu daripada kalangan mereka yang memimpin kelab penyokong PAS bagi kaum India sebelum DHPP diwujudkan.

Ini memberikan sedikit gangguan kepada PAS, tetapi usaha-usaha untuk mengatasi masalah itu akan diteruskan oleh PAS dan DHPP. Sekarang jumlah orang Cina yang menyertai DHPP pun sudah semakin bertambah. Begitulah juga dengan kaum India.

Dengan perkembangan yang berlaku itu, kalau nanti mereka sendiri yang membuat pemilihan untuk kepimpinan DHPP, PAS tidak mempunyai masalah untuk menyetujuinya sekiranya tidak menyalahi peraturan dalam PAS dan dalam DHPP itu sendiri.

Dato Seri sokong calon DHPP menjadi calon PAS?
Saya cukup menyokong jika PAS memberikan sedikit peluang kepada calon-calon DHPP menjadi calon PAS dalam pilihan raya, khususnya di peringkat negeri-negeri yang terpilih. Peluang tersebut mestilah diberikan kepada mereka yang sesuai, tetapi mestilah selagi tiada fitnah dan tidak menimbulkan ketegangan. Saya sokong penuh jika PAS menyediakan sedikit kerusi kepada DHPP.

Di Perak buat masa ini belum lagi ada keputusan untuk memberikan kerusi kepada DHPP dalam pilihan raya dan belum ada calon yang terpilih. Namun, perkara itu akan dipertimbangkan dengan syarat mestilah tidak menimbulkan fitnah dan ketegangan.

PAS Perak akan beri laluan kepada mereka bertanding?
Dalam konteks Perak, buat masa ini tiada lagi, tetapi ia boleh dipertimbangkan. Apa yang berlaku di Perak adalah berdasarkan pengalaman, beberapa pengakuan dan insiden-insiden semasa Perak diperintahkan oleh Pakatan Rakyat selepas PRU12 lalu.

Ketika itu, Umno dan BN memutarbelitkan pelbagai isu termasuk mengatakan PAS diperalatkan DAP, Menteri Besar Perak dari PAS hanyalah boneka DAP dan sebagainya. Jadi, keadaan di Perak berbeza berbanding di negeri-negeri lain yang membolehKan PAS memperuntukkan satu atau dua kerusi kepada DHPP. Di Perak tidak boleh diberikan kerusi kepada DHPP sekarang. PAS amat perlu bertindak bijak di Perak untuk menghadapi putar belit Umno dan BN mengenai perkara itu.

Bagaimana imej PAS bila wujud DHPP?
Setelah DHPP dihasilkan dan dimaktubkan dalam organisasi PAS, ternyata telah berlaku lonjakan besar kepada PAS. Dengan itu, tiada lagi kesangsian di kalangan bukan Islam terhadap PAS. Perkembangan yang berlaku dalam PAS turut menakjubkan Umno. Lebih-lebih lagi dengan jumlah keahlian DHPP yang besar. Mereka yang sangsi dengan PAS ternyata amat tercabar.

Antara Cina dan India, kaum India paling ramai berada dalam DHPP. Kenapa ini terjadi?
Ada beberapa sebab. Dari segi prinsip, jika di Perak, DHPP itu asalnya India. Tradisi itu berjalan beberapa tahun dan kemungkinan akan berterusan. Untuk mengimbangi antara kaum India dan Cina, PAS Perak telah memutuskan melantik Ketua DHPP Perak daripada kalangan orang Cina.

Sungguhpun begitu, ahli-ahli dan pimpinan PAS Perak sememangnya rapat dengan orang-orang India. NGO-NGO India di Perak juga rapat dengan PAS. Begitu juga dengan PSM yang rata-ratanya dianggotai orang India juga rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS tertentu di Perak.

Tapi sejak DHPP PAS Perak ditubuhkan dan dipimpin oleh orang Cina, jumlah keanggotaan DHPP dari kalangan kaum Cina ternyata telah bertambah dari sehari ke sehari. Kekurangan kaum Cina dalam DHPP di Perak kerana hentakan-hentakan MCA, sehingga menyebabkan ada di kalangan orang-orang Cina yang sangsi dengan PAS.

Bolehkah diceritakan sedikit pengalaman Dato' Seri sebagai Menteri Besar Perak?
Pengalaman saya sebagai Menteri Besar Perak dari PAS yang diberikan mandat oleh Pakatan Rakyat memang cukup mencabar. Cabaran pertama yang saya hadapi berupa tuntutan bagi memenuhi keinginan raksrat untuk melihat perubahan yang akan dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh saya di Perak.

Cabaran kedua datangnya dari Umno yang tidak menyangka mereka akan kehilangan kuasa di Perak, sehingga menyebabkan mereka melakukan pelbagai halangan untuk menggagalkan segala usaha yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Ketiganya, cabaran dari institusi diraja Perak. Untuk menghadapi cabaran ini, saya terpaksa mendengar pelbagai nasihat rakan-rakan. Ini juga turut memaksa PAS menubuhkan Jawatankuasa Pemandu yang diketuai oleh Dato' Wan Muttalib Embong yang memberikan nasihat-nasihat berguna kepada saya.

Adakah tindakan Dato' Seri masa itu berdasarkan manifesto?
Sepanjang menjadi Menteri Besar Perak, segala yang kita buat adalah mengikut manifesto kita. Antaranya termasuklah yang membabitkan hak pemilikan rumah kepada rakyat, hak pemilikan kampung-kampung tersusun sama ada terhadap perkampung Melayu, Cina dan India.

Berdasarkan janji manifesto kita, mereka yang memiliki pendapatan kurang RM700 sebulan akan kita bantu. Janji itu sememangnya telah saya laksanakan. Pengalaman dengan kakitangan kerajaan di Perak yang seramai 8,000 orang juga turut mencabar. Kita terpaksa berusaha untuk menyakinkan mereka supaya memberikan kerjasama kepada kita. Kebanyakannya memberikan kerjasama yang baik, tetapi hanya segelintir sahaja yang membawa pelbagai masalah kepada kita.

Bagaimana dengan kerjasama pegawai-pegawai kerajaan?
Saya sendiri tidak mendapat kerjasama daripada Setiausaha Kerajaan Perak. Saya turut merayu kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, sebanyak dua kali agar menukarkan Setiausaha atau tempatnya digantikan dengan Timbalan Setiausaha, tetapi tidak diendahkan.

Sungguhpun begitu, sepanjang menjadi Menteri Besar Perak, banyak juga pengalaman yang menyeronokkan yang saya perolehi. Antaranya termasuldah kejayaan kita mengikis unsur-unsur perkauman. Ini menjadikan pentadbiran kerajaan tidak lagi mempunyai ciri-ciri perkauman, sehingga menyebabkan mereka yang bukan Islam juga turut menyokong PAS.

Apa perubahan yang Dato' Seri sempat lakukan?
Kita telah berjaya mempertingkatkan pendapatan kerajaan sehingga RM600 juta, berbanding Umno atau BN yang hanya dapat mengumpul RM500 juta, dengan peningkatan sebanyak RMI.00 juta. Kutipan zakat sepanjang Pakatan Rakyat Perak memerintah juga bertambah, apabila kita berjaya mengumpul sebanyak RM58 juta berbanding semasa Perak berada di bawah Umno atau BN yang hanya dapat mengutip sebanyak RM45 juta sahaja.

Kesemua kejayaan itu dapat kita capai walaupun tanpa mendapat kerjasama daripada Kerajaan Pusat Bahkan, mereka turut mengganggu pentadbiran kita dengan penubuhan JPP. Dengan itu, kesemua dana Kerajaan Pusat disalurkan oleh mereka kepada Jawatankuasa Negeri dari JPP, manakala kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mendapat sebarang bantuan kewangan daripada Kerajaan Pusat

Kesulitan yang terpaksa Dato' Seri hadapi di peringkat awal menjadi Menteri Besar Perak?
Apabila DAP dan KeADILan Perak menyerahkan kuasa kepada PAS untuk mengetuai kerajaan negeri. Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu, Ustaz Ahmad Awang dari awal-awal lagi telah diganggu termasuk oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya enam orang pemimpin terbabit masuk Umno.

Zambry sendiri turut menghubungi abang saya menerusi telefon supaya memberitahu kepada saya sekiranya saya masuk Umno, saya akan menjadi Menteri Besar Perak, manakala lima orang yang lain akan menjadi Exco. Tetapi Ustaz Ahmad Awang dari awal-awal lagi telah menolak tawaran itu.

Ketika Ustaz Ahmad Awang menyuruh saya daripada enam orang yang terbabit menjadi Menteri Besar, saya tolak. Akhirnya, setelah mesyuarat Majlis Syura Perak memutuskan saya juga yang mesti menjadi Menteri Besar, saya sudah tidak dapat menolak lagi kerana sebagai ahli PAS, keputusan Majlis Syura' mestilah dipatuhi.

Setelah menjadi Menteri Besar, Umno dan BN tidak putus-putus mengganggu saya. Setelah dibawa ke mahkamah, ternyata Mahkamah Tinggi telah memutuskan saya sebagai Menteri Besar Perak yang sah, tetapi setelah rayuan dibuat oleh pihak Umno di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Kejayaan yang dicapai sebagai Menteri Besar Perak?
Antara kejayaan yang dicapai oleh saya sepanjang menjadi Menteri Besar Perak, pertamanya berjaya memberikan imbuhan-imbuhan kepada rakyat dengan memberikan tanah kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah.

Paling murni, rakyat Perak sendiri dapat melihat para pemimpin PAS dan pakatan Rakyat tidak mengkhianti mereka. Malah kita telah melaksanakan amanah rakyat dengan baik dengan tidak mengambil kesempatan bagi kepentingan peribadi.

Pencapaian dari segi psikologi pula, kita berjaya menghilangkan unsur-unsur perkauman di kalangan rakyat Perak, berbanding Umno yang temyata rasis. Ini mempakan satu pencapaian besar bagi Pakatan Rakyat Perak.

Strategi Dato' Seri sebagai Menteri Besar Perak yang belum dicapai, tetapi banyak idea itu dicedok oleh Dato' Seri Zambry?
Apa yang kita buat, kita memberikan imbuhan tanah kepada rakyat. Kita telah memberikan imbuhan 1,000 hektar tanah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, yang ini dia tak buat, tetapi dia beri wang. Setiap tahun dia beri RM40,000 kepada setiap Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kita tak boleh beri wang sebab kita tak ada wang. Kita beri tanah kepada 9 buah Sekolah jenis Kebangsaan Cina di Perak.

Selain itu, kita juga telah memberikan 1,000 hektar tanah kepada sekolah-sekolah agama rakyat, termasuk sekolah rendah dan menengah agama. Kita juga turut membantu membuat koperasi di sekolah-sekolah agama.

Kita turut bercadang untuk memberikan t000 hektar tanah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, malangnya keputusan itu tak sempat kita laksanakan, tetapi yang ini Zambry teruskan. Bagaimanapun, anugerah tanah kepada rakyat telah mereka hentikan.

Sepanjang memerintah, kita telah mengadakan sistem tender terbuka, tetapi langkah Pakatan Rakyat ini tidak dibuat oleh Zambiy. Walaupun hanya sempat memerintah selama ii bulan, banyak aktiviti perekonomian untuk rakyat telah kita buat. Antaranya termasuklah memperkasakan aktiviti perlombongan.

Langkah yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ini telah diikuti oleh Zambry, tetapi dasar yang dilaksanakannya tidak betul. Aktiviti perlombongan hanya diserahkan oleh mereka kepada syarikat-syarikat kroni mereka, berbanding Pakatan Rakyat yang mengadakan langkah lebih telus menerusi tender terbuka.

Semasa saya menjadi Menteri Besar, kita juga telah berusaha memajukan aktiviti perlancongan di Perak. Langkah Pakatan Rakyat ini telah diikuti oleh Zambry, tetapi hanya dibuat separuh jalan sahaja.

Sebarang langkah yang belum sempat dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat, seperti perancangan kepada Orang Asli dan Siam di Perak, pasti akan kita teruskan jika Pakatan Rakyat mencapai kemenangan di Perak pada PRU ke-13 akan datang.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...