Ni cerita apa pulak YB Salahuddin? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Februari 11, 2012

Ni cerita apa pulak YB Salahuddin?

Utusan melaporkan:  
KUALA LUMPUR 10 Feb. - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, jika benar ada usaha Pas Kelantan mahu menyingkirkan beliau daripada mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti, ia merupakan perbuatan yang tidak beretika.

Katanya, usaha itu adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan bercanggah dengan amalan politik serta ukhuwah dalam Pas.

Bagaimanapun beliau tidak mengesah mahu pun menafikan dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi itu, sebaliknya hanya akan memberi penjelasan mengenai perkara itu apabila tiba masanya nanti.

“Saya sudah 30 tahun berkhidmat dalam parti dan pada setiap pilihan raya saya akan berusaha memastikan Pas menang dengan cemerlang termasuk pada PRU-13 nanti.

“Spekulasi yang mengatakan ada usaha untuk menyingkirkan saya dari Kelantan jika benar, ia merupakan perbuatan yang tidak beretika, tidak bertanggungjawab dan bukan dasar parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan.   
Aku memang tak pernah percaya dengan laporan Utusan dan yang sewaktu dengannya. Tambah-tambah kalau laporan tu nampak bercanggah dengan perkembangan semasa.

Macam tu jugak la dengan laporan kat atas tu. Betul atau tak aku tak pasti, tapi kalau tanya aku, sepontan aku akan jawab "Hangpa percaya lagi dengan berita dari lidah pemfitnah tu??"

Entah betul entah tidak, wartawan Utusan ada hubungi Salahuddin, kalau pun betul ada hubungi dia belum tentu apa yang dilaporkan tu sama macam kenyataan dari Salahuddin.

Lagi pun, tak timbul langsung soal nak singkirkan Salahuddin dari Kelantan. Pasainya Salahuddin balik untuk bertanding di Johor tu kalau jadi pun atas gesaan dari Perhubungan PAS Johor untuk menguatkan PAS Johor dan menarik perhatian pengundi Johor terutamanya orang melayu yang selama ni cuma nampak pemimpin Umno.

Sebelum ni SinarHarian ada melaporkan:
SENAI – Pas Johor mengesahkan khabar angin bahawa Naib Presidennya, Salahuddin Ayub bakal menyertai persaingan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sambil menekankan, ia sebahagian daripada strategi mereka mahu bertapak di selatan Semenanjung.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, idea itu telah dicadangkan oleh beliau kepada pimpinan pusat agar dapat memberi suntikan ke atas kepimpinan negeri memecahkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor. - Sinarharian.
Cukup jelas perpindahan tu atas usaha PAS Johor untuk jual Salahuddin sebagai ikon PAS Johor dan dalam masa yang sama sebagai calon MB untuk negeri Johor kalau Pakatan Rakyat berjaya rawan Johor.

Tambahan pulak TG Nik Aziz sendiri dah buat kenyataan yang bunyinya menggambarkan PAS Kelantan sebenarnya takmau lepaskan Salahuddin Ayob, tapi kalau itu keputusan parti dan untuk kebaikan PAS terutamanya sekali di negeri Johor, negeri kelahiran Umno, PAS kelantan bersedia lepaskan Salahuddin Ayob.

Aku tak percaya langsung kalau pun ada yang kata ada pemimpin PAS Kelantan yang nak singkirkan Salahuddin. Langsung aku tak percaya. Tapi kalau pun ada sorang dua, mana boleh kata PAS Kelantan nak singkirkan Salahuddin. Kalau dah TG Nik Aziz, sebagai pengerusi Perhubungan PAS Kelantan sendiri dah buat kenyataan macam tu, maka itulah pendirian PAS Kelantan.

Tambah-tambah lagi kalau sumber maklumat tu rati pemimpin Umno terutama sekali macam Fuad Zarkashi yang buat lawak baru ni suruh TG Nik Aziz bertaubat.

Cumanya aku harap, lain kali kalau wartawan Utusan atau TV3 telefon mintak kenyataan, tak payah layan laa, kalau dia nak jawapan suruh ja dia tunggu sidang media.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...