Jangan sampai orang kata PAS Johor tak sedar diri! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Februari 09, 2012

Jangan sampai orang kata PAS Johor tak sedar diri!

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 9 Feb - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia melepaskan naib presiden parti itu, Salahuddin Ayub sekiranya PAS Johor memerlukan pengalaman beliau di negeri berkenaan.
Sehubungan itu, kata Nik Aziz, pucuk kepimpinan parti sedia memberi laluan kepada Salahuddin untuk bertanding di negeri kelahirannya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Saya sedia lepaskan dia (Salahuddin) bertanding di sana (Johor), jika PAS Johor betul-betul perlukan khidmatnya,” katanya kepada pemberita di Kota Baru.

Memetik Sinar Harian Online, Menteri Besar Kelantan ini mengulas hasrat Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed mahu menarik Salahuddin bertanding di negeri itu.

Selain itu, Nik Aziz juga berharap dengan perpindahan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu dapat mengukuhkan lagi kedudukan Pakatan Rakyat di negeri yang dikuasai Umno-Barisan Nasional (BN).

“Apa-apa pun biar Pas Johor berbincang dahulu dan tentukannya. Jika itu adalah untuk kemenangan parti, kita kena lepaskannya,” katanya. - TMI
Aku yakin ramai yang tak puas hati bila PAS Johor buat keputusan untuk pujuk YB Salahuddin untuk bertanging di Johor atas alasan sebagai persediaan untuk jadi calon MB Johor kalau Pakatan Rakyat berjaya menawan Johor.

Ada golongan tak setuju atas alasan PAS akan nampak macam kemaruk kuasa, awal-awal umumkan nama calon MB tanpa ada perbincangan dengan Pakatan Rakyat negeri Johor.

Dalam isu ni, rasanya tak keterlaluan kalau dikatakan Salahuddin adalah antara pimpinan Pakatan Rakyat yang paling kedepan kelahiran negeri Johor dan memang layak jadi Menteri Besar. Kalau dah Pesuruhjaya PAS Johor, Dr. Mahfodz sendiri yang cadangkan nama Salahuddin tentu dah dapat persetujuan PAS Johor.

Lagi pun, takkan nak lantik wakil dari DAP untuk jadi MB, langsung tak sesuai. Untuk PKR pulak, takkan nak jolok naik Dr. Chua Jui Meng yang sekarang ni adalah Ketua Perhubungan PKR Johor. Lain-lain pemimpin PKR Johor pun takdak yang boleh tandingi Salahuddin.

Tambah-tambah pulak, PKR pun sebelum ni pernah umumkan nama Kamarul Baharin sebagai bakal menteri besar Negeri Sembilan tanpa ada perbincangan di kalangan Pakatan Rakyat.

Satu golongan lagi tak setuju YB Salahuddin bertanding di Johor pasainya tak tentu lagi dia boleh menang kalau bertanding di negeri kelahiran umno tu. Sepatutnya sebagai salah seorang Naib Presiden, Salahuddin patut dikekalkan bertanding di kerusi yang ada peluang besar untuk menang macam kerusi yang dia pegang sekarang ni Parlimen Kubang Kerian.

Mungkin depa takmau sejarah kekalahan Mat Sabu yang diletakkan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu dan kemudiannya kalah berulang pula ke atas Salahuddin Ayob.Rugi besar PAS kalau pemimpin macam Salahuddin tak masuk dalam Parlimen.

Kalau ikut maklumat dalaman, hampir pasti Salahhuddin akan balik bertanding di kerusi Dun di Johor, cumanya kerusi mana yang akan dia bertanding tu belum muktamat lagi.

Ada jugak cadangan supaya dia bertanding kerusi Dun dan Parlimen. Pada aku kalau PAS Johor yakin Salahuddin boleh menang kerusi DUN sebagai persediaan untuk jadi MB, apa perlu bebankan dia untuk bertanding 2 kerusi, Dun dan Parlimen. PAS Johor bukan saja kena pastikan Salahuddin Ayob menang tapi kena pastikan jugak Pakatan Rakyat berjaya tumbangkan BN di Johor, baru orang tak kata PAS Johor tak sedar diri.

Apa pun, aku harap PAS Johor buat analisa betul-betul. Kalau betul Salahuddin Ayob ditakdirkan bertanding di Johor, PAS Johor kena buat kerja sehabis baik untuk pastikan Salahuddin Ayob menang. Kalau Salahuddin Ayob kalah di Johor PAS Johor jangan marah kalau ada yang maki PAS Johor nanti.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...