Awat la Pemuda PAS ni slow sangat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, April 18, 2012

Awat la Pemuda PAS ni slow sangat?

bendera BN di stesyen komuter
Sebelum ni aku pernah ulas pasai isu bendera BN di stesyen komuter ni dalam entry bertajuk "Jom pasang bendera PAS di semua stesyen komuter!!!".

Aku memang mengharapkan Pemuda PAS ambil inisiatif segera jawab alasan BANGANG lagi LAWAK Pengerusi KTMB tu dengan bentuk tindakan pasang bendera PAS di semua 28 stesyen komuter tu, biar 'cerah' dengan lambang bulan purnama.

Kalau takat nak penuhkan stesyen komuter dengan bendera PAS takkan ada masalah. Tambah-tambah belah Lembah kelang tu, cukup ramai yang sanggup nak sponser beli bendera. Tenaga untuk pasang pun aku tak rasa ada masalah, sekali hantar sms ja aku yakin meneru akan sampai.
Agak terkejut jugak aku bila baca laporan oleh Malaysiakini:
Pemuda PAS menggesa seluruh penyokong dan anggota Pakatan Rakyat untuk menaikkan bendera mereka di seluruh 28 stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Selangor sebagai reaksi atas tindakan sama melibatkan bendera BN.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor berkata, bagi membuktikan keterbukaan dalam demokrasi, KTMB juga mesti memastikan bendera parti gabungan Pakatan terus dikibarkan dan memeliharanya daripada sabotaj.

"Pemuda PAS mengingatkan, stesen Komuter KTMB adalah milik awam. Tidak wajar hanya bendera BN sahaja dibenarkan dipasang, sebaliknya bendera Pakatan ditegah.

"Stesen komuter perlu dijadikan kawasan yang bebas kepada mana-mana parti politik untuk menggantung bendera masing-masing," katanya.

Riduan mengingatkan bahawa perkhidmatan Komuter dan stesennya dibina hasil titik peluh rakyat yang memberikan sumbangan kepada kerajaan dan negara, bukan dibina menggunakan duit pemimpin BN.

Beberapa stesen Komuter di Selangor semalam dikesan dipasang dengan bendera BN, yang dikaitkan dengan dakwaan terdapat arahan oleh Pengerusi KTMB Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed supaya membenarkan perkara itu dan memeliharanya daripada khianat. - Mkini.
Rupa-rupanya Pemuda PAS belum pasang lagi bendera kat stesyen komuter tu, aku ingat dah lama dah depa pasang. Awat la slow sangat Pemuda PAS ni.

Mungkin ada yang fikir kita patut tunggu BN pasang dulu baru kita pasang. Aku cukup tak setuju dengan mentaliti jenis ni, langsung tak menggambarkan mentaliti memerintah.

Takkan kut alasan BANGANG lagi LAWAK Pengerusi KTMB tu langsung tak laku.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...