Universiti Dataran Merdeka - Gambar 'kuliah' 3 hari pertama | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 17, 2012

Universiti Dataran Merdeka - Gambar 'kuliah' 3 hari pertama


Pada dinding Facebook We Are All Safwan Anang tertulis
Masuk percuma, makanan percuma,, pendidikan percuma. Hadir bagi yang berkelapangan dan inginkan pengelaman. Mahasiswa yang ada kelas jangan ponteng ya. Ini adalah kelas tambahan percuma buat semua.
- Kita turut rasa apa yang mereka rasa - [FB]
Nak masuk universiti lagi dah tak mungkin rasanya, bukan tak layak tapi dah tak berapa nak relevan kut. Jadinya inilah peluang terbuka untuk siapa saja untuk timba ilmu di Universiti Terbuka Dataran Merdeka.

Ilmu yang cuma boleh diajar secara teori di Universiti tertutup tapi di Universiti Dataran Merdeka kalau bernasib baik siap dengan praktikal sekali.
Suasana hari ke-3 Perkhemahan tuntutan Mahasiswa anak muda mengenai pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN semakin meriah. Semakin ramai yang hadir memberi sokongan dan dokongan.

Walaupun sebelumnya beberapa buah khemah dan makanan telah dirampas oleh DBKL, namun sebaliknya, khemah dan makanan semakin bertambah atas sumbangan dari orang ramai.

Universiti Dataran juga telah dibentuk. Pelbagai acara dan kelas akan diadakan. Tahniah kepada semua. Teruskan perjuangan tegakkan pendirian. - FB.

Gambar kuliah hari pertama

        
Sumber FB Abah Anas (banyak gambar lagi)

Gambar kuliah hari kedua

        
Sumber: FB Abah Anas (banyak gambar lagi)

Gambar kuliah hari ketiga

Sumber: FB We Are All Safwan Anang (banyak gambar lagi)

Contoh praktikal


Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...