Bukan Pakatan Rakyat saja yang hina Raja? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, April 18, 2012

Bukan Pakatan Rakyat saja yang hina Raja?

Umno hina Raja
Oleh: Zulkifli Yahya. (Nota Utara)

KONONNYA seorang doktor yang bertugas pada Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong mendengar dan menyaksikan gelagat beberapa ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat menghina Raja-Raja Melayu yang berangkat ke majlis tersebut. Antara nama utama yang dikaitkan ialah ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Gelagat ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu diceritakan secara terperinci oleh doktor perubatan itu dalam laman sosialnya. Ia disebarkan seantero dunia dan macam biasa, isu perkauman sebegitu menjadi isu emas lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia. Berita tersebut belum dapat dipastikan kebenarannya, kerana pada zaman ramainya pelacur politik muncul di bumi Malaysia, cerita rekaan politik pun boleh diniagakan.

Maka juhalak-juhalak pejuang perkauman Melayu pun berebutrebut menjadi hero yang kononnya bangkit menentang penghinaan terhadap institusi raja itu. Bermula dengan desakan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat, ia berlarutan kepada penghantaran memorandum dan laporan politik – stereotaip dalam politik perkauman Melayu di Malaysia.
Andaikan benarlah pemimpin KeADILan itu ‘mengejek cara raja berjalan’ maka apakah ia lebih biadap daripada tindakan Umno Kelantan menabalkan Tengku Ibrahim Petra sebagai Sultan Kelantan menggantikan Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan. Apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Peristiwa tersebut dilaporkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk ‘Daulat Tuanku Tengku Ibrahim’.

Dato' Seri Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (Berita Harian 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid terhadap sultan yang cuba campur tangan soal pelantikan Raja-Raja Melayu. Mengapa tidak ditakrifkan perbuatan biadap?

Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan. Ia tidak biadap kerana dibuat oleh Umno.

Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya?

Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka dan biadap? Pada 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengisytiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut. Satu demi satu perilaku ‘buruk’ raja-raja didedahkan dalam media. Bukankah ini perbuatan biadap?

Pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka sekali lagi media mengkritik secara terbuka salah laku raja. Tidakkah ini perilaku biadap terhadap raja-raja?

Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengecam Raja-Raja Melayu. Tidakkah biadap namanya?

Pada Mac 2008 penyokong Umno menggelar Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong ketika itu sebagai 'binatang' pada sepanduk mereka kerana tidak bersetuju tindakan baginda enggan melantik Idris Jusoh se bagai Menteri Besar. Apakah ini bukan biadap?

Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib melarikan Tengku Zahariah anakanda Sultan Selangor untuk berkahwin di Takbai, Thailand bukankah derhaka namanya?

Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato' Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang. Media proUmno mengkritik Sultan secara terbuka. Apabila kritikan dibuat oleh media pro-Umno maka ia tidak derhaka namanya?

Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih bahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal.

Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

Terbaru di Kedah, anak didik Umno, Perkasa telah menyanggah keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang membenarkan kaedah istibdal dilakukan terhadap Madrasah Salihiah Kanchut sedangkan Majlis Fatwa adalah di bawah kuasa Sultan. Tidakkah biadap namanya?

Segala perlakuan biadap Umno terhadap raja-raja Melayu cuba dilupakan dengan mencipta ‘kebiadapan’ musuh politik mereka pula terhadap raja. Mereka cuba eksploit sikap Melayu yang mudah lupa. Tanggungjawab kita ialah, ingatkan semula Melayu.

Sumber: eHarakah dengan Tajuk asal "Umno eksploit Melayu yang mudah lupa."


Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...