Setiausaha Agung Umno masuk perangkap Saifuddin? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Februari 21, 2012

Setiausaha Agung Umno masuk perangkap Saifuddin?

Nampak gayanya, Setiausaha Agung Umno ni dah masuk perangkap Saifuddin.

Walaupun hasrat ramai rakyat Malaysia nak tengok Najib dimalukan dalam debat dengan Anwar mungkin tak jadi kenyataan tapi menarik jugak kalau kita boleh tengok Timbalan Perdana Menteri, Naib Presiden Umno, Majlis Tertinggi Umno, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Umno dimalukan dalam debat.

Aku yakin lepas ni, Saifuddin akan segera sambut 'saranan' dari Setiausaha Agung Umno tu. Malah tak salah kalau Setiausaha Agung PAS dan Setiausaha Agung DAP pun sambut 'saranan' yang cukup baik tu.  
Ini peluang yang tak patut dilepaskan macam tu saja untuk kita boleh tengok pemimpin tertinggi Umno dibelasah dalam debat. Takkan kut takdak sorang pun dari kalangan yang Adnan Mansor sebut tu berani nak berdebat.

Aku yakin Timbalan Presiden PAS, abang Mat Sabu langsung takdak masalah untuk berdebat dengan Muhyiddin, tapi kalau dapat berdebat dengan Najib tentu lagi abang Mat seronok.

Zaid Hamidi, Shafie Afdal dan Hishamuddin pulak tentu susah hati kalau kena berdebat dengan Husam, Salahuddin atau Mahfuz.

Ustazah Zailah pun tentu nak sangat kalau boleh berdebat dengan Shahrizat yang cukup banyak bola tanggung yang ada untuk belasah isteri tokey lembu yang gagal tu.

Yang aku rasa tak kecut perut pun mungkin Khairy yang berpeluang berdepan dengan Ust Din Tantawi. Bab berdebat ni aku rasa memang selama ni pun Khairy tak takut, yang buat dia tak berapa nak selesa berdepat pun mungkin pasai dia takut pun kemungkinan kena belasah dengan orang Umno sendiri lepas debat.

Yang paling seronok dengan kenyataan dari Setiausaha Agung Umno ni mungkin Naib Presiden PAS, Hj Mahfuz yang katanya mengidam sangat nak berdebat dengan Hishamuddin yang katanya tertangguh lebih 20 tahun.

Nasib baik Ali Rustam bukan Naib Presiden Umno pasai 'dilucut hak untuk bertanding', kalau tak mungkin dia menang Timbalan Presiden Umno dan kita mungkin terpaksa sekali lagi tengok aksi debat BANGANG dia disebelah tapak ceramah Mat Sabu di Melaka dalam masa terdekat ni.

Malaysiakini melaporkan:
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilaporkan berkata BN sedia berdebat, menjelaskan bahawa kenyataannya itu t idak bermaksud merealisasikan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya bukan maksudkan sokong atau mahu realisasikan debat antara Perdana Menteri dan Anwar. Saya juga tidak rela PM buang masa berdebat kosong dengan Anwar. Banyak lagi urusan penting yang perlu beliau selesaikan.

“Saya sebut sebelum ini kita bersedia berdebat, tetapi bergantung kepada topik yang mahu diperdebatkan. Kita juga ada Timbalan Perdana Menteri, Naib Presiden Umno, Majlis Tertinggi Umno, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita. Mereka juga boleh berdebat dengan pembangkang,” kata Tengku Adnan yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini. - Mkini.

Semalam Sinarharian ada melaporkan:
Sehubungan itu, parti komponen PR ini turut melahirkan kesediaan untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut dengan Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pandangan Tengku Adnan itu dianggap skeptikal dan berbeza dengan pendirian Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang menganggap debat tidak boleh dijadikan satu budaya.

“Saya menghormati pendirian Adnan dan saya menganggap itu bukan kenyataan yang saja-saja dibuat. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...