Penyenaraian Felda: Hasrat nak paraid harta rakyat tergendala | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Februari 21, 2012

Penyenaraian Felda: Hasrat nak paraid harta rakyat tergendala

Anak_injuksi_KPF
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 21 Feb: Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) membatalkan mesyuarat agungnya yang dijadualkan esok kerana mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan melarang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dibincangkan.

Menyifatkan keputusan itu sebagai kejayaan kedua Anak, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Lembaga Pengarah KPF yang menghormati keputusan mahkamah.

"Berita ini sangat menggembirakan kita kerana Anak telah berjaya menghalang EGM membincangkan penyenaraian FGVH dan ini kejayaan awal bagi menghalang usaha penyenaraian FGVH," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Pada 17 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan telah membenarkan injunksi interim melarang KPF (defendan) berbincang atau membuat keputusan untuk melupuskan ekuitinya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH). - Hrkh.
Setakat ni nampaknya Anak berjaya untuk halang misi para cukung kuasa untuk paraid harta peneroka melalui Felda. Dengan pembatalan mesyuarat agung tu maknanya hasrat Felda untuk dapatkan persetujuan penyenaraian di bursa saham tu tergendala sebentar.

Memang tu pun hasrat Anak aku rasa. Aku yakin depa pun tak yakin depa boleh halang sepenuhnya keputusan untuk senaraikan Felda di bursa saham. Kalau Isa Samad yang jadi proksi Najib nak juga penyenaraian tu jadi, dengan kuasa yang depa ada, macam-macam yang boleh depa buat.

Tapi sekurang-kurangnya, kejayaan Anak tu membuktikan dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan sokongan daripada rakyat, kerja-kerja celaka puak-puak yang nak rembat harta rakyat memang boleh disekat.

Apa pun, kita harap usaha Anak untuk sekat penyenaraian Felda di bursa saham tu berjaya, sekurang-kurangnya pun sampai PRU13.

Kalau Pakatan Rakyat dapat tewaskan Umno BN masa PRU13 nanti, insyaallah harta rakyat yang ada dalam Felda tu akan terselamat. Tambah-tambah kalau Pakatan Rakyat menang banyak kerusi yang ada ramai pengundi dari kalangan orang Felda , suara orang Felda akan jadi lebih kuat.

Harakahdaily juga melaporkan:
KUALA LUMPUR, 21 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendesak pihak pentadbiran Felda menghentikan sebarang usaha 'merasuah' peneroka supaya bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, beliau mendapat maklumat usaha 'memujuk' itu sedang giat dilakukan di seluruh kawasan Felda.

Ianya termasuk satu surat pekeliling daripada pengurus Felda kepada peneroka yang meminta maklumat keluarga peneroka kononnya bagi tujuan pemberian saham.

"Mereka juga mewar-warkan kononnya peneroka akan mendapat sejumlah wang dari penyenaraian.

"Yang peliknya ada peneroka ditawar RM10,000 dan sesetengah peneroka ditawar RM20,000," katanya kepada Harakahdaily. - Hrkh.
Apa pun, tahniah kepada Mazlan Aliman dan Anak.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...