PETALING JAYA - PKR menyambut baik pendirian Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung kesediaan parti itu untuk berdebat dengan Pakatan Rakyat (PR) susulan debat bersejarah antara pemimpin DAP dan MCA, kelmarin.
Sehubungan itu, parti komponen PR ini turut melahirkan kesediaan untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut dengan Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pandangan Tengku Adnan itu dianggap skeptikal dan berbeza dengan pendirian Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang menganggap debat tidak boleh dijadikan satu budaya.
“Saya menghormati pendirian Adnan dan saya menganggap itu bukan kenyataan yang saja-saja dibuat. - SinarHarian.
Merdeka Center, organisasi ang banyak buat kajian dan soal selidik pulak yakin debat Anwar vs Najib akan jadi kenyataan. SinarHarian melaporkan:
SHAH ALAM - Susulan debat antara Presiden MCA dan Setiausaha Agung DAP kelmarin, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berharap debat nasional melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat.Pun macam tu, SinarHarian juga melaporkan:
Ketika dihubungi Sinar Harian Online, ketua firma kajian pendapat umum ini berkata, debat antara Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng telah memberi lonjakan kepada keperluan bagi debat melibatkan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang. - SinarHarian.
KLANG - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd Nor berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan boleh mengundang “bahaya.”Apa pun, sekarang ni semuanya terpulang kepada Najib. Debat tu akan jadi kenyataan cuma dan kalau cuma Najib setuju. Kalau Najib tak setuju sampai kiamat pun debat ni takkan jadi.
Sehubungan itu kata Ezam, Anwar akan menggunakan pentas debat demi kepentingan dan akan merosakkan negara.
"Orang macam Anwar ini akan mengundang bahaya. Dia tak layak debat dengan Najib. Contoh, apa yang Anwar dah buat ialah kononnya pada 16 September akan mentadbir negara, tapi dia tipu. Sama juga macam isu Israel. Ini kes khianat," kata beliau kepada Sinar Harian Online selepas berucap pada majlis perhimpunan Waris Malaya di sini, semalam.
Jelasnya lagi, elemen khianat dalam berdebat juga boleh tercetus berdasarkan situasi politik negara. - SinarHarian.
Cumanya, setakat ni aku tak nampak langsung keberanian Najib untuk berdebat. Bukan setakat dengan Anwar, dengan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat pun Najib tak nampak berani. Tunggu sampai ada kucing bertanduk pun belum tentu najib akan berani.
Pun begitu, aku harap Najib tak sampai tahap gunakan kaedah berdebat cara Ali Rustam sudah la. Buat malu penyokong Umno BN ja... Hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis