PAS dan PKR bersetuju untuk berbeza pendapat isu Palestin Israel? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Februari 21, 2012

PAS dan PKR bersetuju untuk berbeza pendapat isu Palestin Israel?

PAS nampaknya memang cukup teguh berpegang kepada prinsip. Prinsip PAS berkenaan isu Palestin dan Israel tak pernah berubah sejak dulu sampai sekarang.

Walaupun terpaksa berbeza pendirian dengan PKR dan Anwar Ibrahim dalam isu Palestin dan Israel ni, dengan jelas TG Nik Aziz bagitau yang PAS tak peduli pasainya PAS cukup jaga perinsip dalam berkawan.

PAS dah lama berkawan dengan rakyat dan pejuangan rakyat Palentin. Pendirian macam tu PAS pegang. PAS tak pernah setuju dengan FATAH sebab PAS tak setuju pendirian FATAH yang mengiktiraf Perjanjian Camp David walaupun masa tu hampir seluruh umat Islam setuju dengan Fatah dan PLO.

Prinsip PAS cukup mudah, Zionis Yahudi adalah penjajah jadinya pasai apa pulak nak kena iktiraf negara Israel yang diujudkan oleh Zionus Yahudi. Sebagai parti Islam, memang tak sepatutnya PAS sokong tanah milik umat Islam dirampas walaupun seinci. 
Malaysiakini melaporkan:
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian parti Islam itu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, walaupun pandangannya mungkin berbeza dengan pihak lain.

"Saya ingin mengulangi pendirian saya dah Majlis Syura serta pendirian PAS khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.

"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, PAS tetap dengan pendirian ini," katanya yang juga menteri besar Kelantan. - Mkini.
Dari sudut lain, PAS takdak masalah untuk hormat pendirian PKR dan Anwar dalam isu Palestin dan Israel selagi PKR dan Anwar hormat pendirian PAS. PAS takdak masalah untuk tetap bersatu walaupun berbeza pendapat.

PAS memang takdak masalah untuk faham pendirian Anwar dan PKR tapi macamana Anwar dan PKR nak bagi majoriti orang melayu Islam kat Malaysia ni faham.

mStar melaporkan:
"Alasan Anwar (untuk) cover line pendirian pro-Israel tak boleh diterima. Bagi Pemuda Umno, usaha Anwar nak cover line tidak berjaya.

"Anwar tetap memegang dasar pro-Israel. Kalau tidak, beliau perlu tarik kenyataan (yang dibuatnya itu kepada akhbar WSJ)," katanya yang dipetik daripada laman twitter pada Selasa.

Malah Ahli Parlimen Rembau itu turut mempertikaikan beberapa bahagian yang disiarkan The Wall Street Journal (WSJ) yang diakui sendiri oleh Anwar berhubung kenyataan sokongannya terhadap Isreal.

"Bila Anwar sebut beliau "support all efforts to protect..." Israel, "all" itu menghalalkan semua tindakan, termasuk membunuh rakyat Paelstin.

"Anwar cakap kenyataan beliau "contingent" (bergantung) kepada beberapa perkara mengenai Palestin. Tapi kalau begitu kenapa sebut "all efforts"? kata Khairy. - mStar.
Macam yang aku pernah tulis kat sini sebelum ni:
Jadinya sekarang ni, tanggung jawab utama yang terletak atas kepala Anwar Ibrahim adalah untuk memastikan majoriti orang melayu Islam faham apa yang dia maksudkan, satu kerja yang cukup berat dan nampak macam hampir mustahil dia boleh buat. - Ibid.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...