SinarHarian juga melaporkan:
SHAH ALAM – Cadangan debat terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan.Apa la malang nasib Umno Najib lantik orang macam Ahmad Maslan ni jadi Ketua Penerangan. Dari buka mulut bagi alasan macam tu lebih baik la dia diam, paling kurang pun orang taktau yang dia sebenarnya bangang.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini.
Menurutnya, Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat di mana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum.
“Di sini, banyak sensitiviti rakyat perlu diutamakan. Untuk menyampaikan setiap dasar, memberi ceramah sudah memadai dengan membentangkan apa sahaja topik yang ingin dibawa.
“Biarlah memberi ceramah secara berasingan. Rakyat boleh membuat penilaian tersendiri apakah setiap ucapan menerusi ceramah itu dapat dilaksanakan atau tidak kedua-dua pemimpin ini. - SinarHarian.
Dia tak sedar ka hujjah dia tu dari sudut lain menggambarkan betapa United Malay National Organisation dalam Perikatan dan lepas tu BN yang dah perintah malaysia lebih 50 tahun gagal ujudkan rakyat yang berfikiran terbuka, masih lagi tak reti nak berdebat secara ilmiah.
Sama jugak lebih kurang, Shabery Cheek pun bagi hujjah bangang jugak, lebih kurang taraf blogger penchachai Papagomo dan Parpukari. Orang suruh debat pasai kepentingan negara dia dok sibuk teringat pasai video lucah jugak.
Sinarharian melaporkan:
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, idea debat antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak relevan.Tapi, bangang depa berdua tu tak lawan dengan bangang Ali Rustam. Harap-harap Najib tak sebangang Ali Rustam dah la. Malu la kalau Perdana Menteri pun BANGANG sampai macam tu jugak.
Ini kerana, menurut beliau, debat berkenaan sepatutnya bukan sesuatu yang dikehendaki oleh Anwar saja, tetapi juga perlu pertimbangan orang ramai termasuk Najib sendiri.
"Debat mesti dipertimbangkan dua pihak atas isu yang dianggap mempunyai kepentingan umum.
"Misalnya seperti isu video, apakah video yang ditayangkan itu Anwar, memang itu isu peribadi, tapi sebab itu kepentingan umum, jadi perlulah buat. Apa-apa pun perlulah dipertimbangkan sebaiknya," katanya - SinarHarian.
Harakahdaily tahun lepas ada melaporkan:
JASIN, 14 Feb: Pelbagai pihak menyifatkan cabaran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencabar pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) berdebat dengan cara berceramah bersebelahan sebagai kebudak-budakan dan tidak matang.Bagi yang tak pernah tengok debat cara Ali Rustam boleh layan clip bawah ni.
Akhbar semalam melaporkan, Mohd Ali (gambar) berkata beliau boleh menjawab apa yang diperkatakan oleh penceramah PAS secara terus dengan berceramah di sebelah ceramah PAS. - Hrkh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis