IPOH, 3 Feb (Bernama) -- Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak akan mempamerkan senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Keempat 2011 bagi daerah mengundi di Perak mulai Rabu ini.
Pengarah Pilihan Raya negeri Ahmad Adli Abdullah berkata, Rang Daftar tersebut akan dipamerkan di 133 tempat antaranya Pejabat Pilihan Raya Negeri, pejabat-pejabat daerah dan pejabat pos terpilih di seluruh negeri.
Senarai 40,000 nama pemilih akan di pamerkan selama seminggu bermula Rabu ini dari jam 8 pagi hingga 5 petang, katanya ketika dihubungi Jumaat.
Ahmad Adli berkata, pendaftaran semakan itu adalah bagi tempoh Oktober 2011 hingga Disember 2011. - Bernama.
Macam biasa rutin setiap 3 bulan sekali kerja untuk jentera pilihanraya, proses semakan dan bantahan untuk rang daftar pemilih kembali lagi.
Rang kali ni di pamir untuk semakan dan bantahan mulai 8 pagi 8 Februari sehingga 5 petang 17 Februari. Kepada mana-mana Ketua Daftar Pemilih JPRK yang belum dapat RDPT ni, sila hantukkan kepala masing-masing ke dinding.
Kalau sapa-sapa dah tengok senarai tu tentu perasan satu benda yang CELAKA yang SPR buat kali ni. Aku tak pasti apa tujuan SPR buat macam tu tapi macam biasa, aku terpaksa bersangka jahat dengan SPR.
Tah apa sebabnya, untuk senarai rang kali ni, cuma ada senarai status untuk pengundi baru, pengundi yang berpindah masuk dan juga pengundi yang berpindah keluar sahaja. Lain-lain senarai status takdak, termasuk senarai status pengundi mati pun takdak. Sedangkan untuk rang yang sebelum-sebelum ni ada macam-macam jenis status untuk pemotongan nama pemilih. Senarai untuk status pengundi pos pun takdak jugak.
Aku dah telefon SPR Perak dan pegawai yang berkenaan sahkan memang nama ada yang akan dibuang atas status dah mati tapi memang tak disenaraikan dalam rang kali ni. "Untuk maklumat lanjut tolong hubungi SPR Putrajaya" kata pegawai SPR tu.
Aku taktau la kalau ada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS yang masih nak ber'khusnuz dzon' dengan kaedah baru SPR ni.
Yang buat aku lebih yakin SPR memang ada AGENDA JAHAT, aku tak pasti untuk kawasan pilihanraya lain tapi untuk Parlimen Parit Buntar, jumlah pengundi DPI2011s2 (sehingga Jun 2011) lebih ramai berbanding DPI2011s3 (sehingga Dis 2011).
Tak sepatutnya jadi macam tu pasainya Rang untuk Daftar Pemilih Tambahan suku ke 3 (rDPT2011s3) pengundi yang masuk lebih ramai dari pengundi yang dikeluarkan. Patutnya jumlah pengundi MESTI bertambah. Maknanya, SPR ada potong nama-nama selain dari nama-nama yang untuk pemotongan yang ada dalam senarai rang suku ke 3.
Aku harap sangat ada yang pakar-pakar yang PAS ada dalam bab nak analisa data, buat analisa pasai ni. Mungkin Shuhaizan Kayat boleh tubuhkan pulak satu team macam yang dia buat sebelum ni, analisa pengundi hantu dan warga asing dalam daftar pemilih.
Lagi satu, aku harap ada pakar bab analisa data yang sanggup tolong aku untuk analisa data khas untuk parlimen Parit Buntar. Kalau ada tolong kontek aku melalui facebook atau pun melalui email cenangau [@] gmail.com, aku nak bagi data-data berkenaan.
Akhir sekali, suka aku nak ingatkan, rang kali ni mungkin rang yang terakhir akan disahkan sebelum PRU13. Jadinya aku yakin puak-puak penchachai "si anjing Umno" yang duduk dalam SPR ada buat 'sesuatu' untuk pastikan Umno BN dapat kelebihan melalui rang kali ni.
Mungkin parlimen akan dibubarkan sebaik saja rang kali ni disahkan, maknanya kita dah takdak masa nak buat analisa pasai semua orang sibuk dengan kerja-kerja pilihanraya. Aku amat-amat yakin, tentu ada punya agenda jahat "si anjing Umno" dalam rang suku ke 4 ni.
Jadinya otak jahat aku mencadangkan kepada Jabatan Pilihanraya PAS Pusat agar buat la apa pun supaya rang kali ni tak dapat disahkan untuk digunakan masa PRU13 nanti termasuk mencabar di mahkamah kalau perlu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis