Cara kerja SPR yang aku tak faham | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Februari 10, 2011

Cara kerja SPR yang aku tak faham

Macam ramai blogger dah tulis dan macam yang aku pun ada tulis sebelum ni, aku harap semua orang yang diberi tanggungjawab berkenaan daftar pemilih, terutama sekali yang diperingkat kawasan dan MTD, dah pun dapat senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku ke-4 tahun 2010.

Kalau ada yang masih tak dapat lagi, aku mintak tolong hangpa hantuk kepala hangpa ke dinding bagi puhak aku. Kalau ada yang bagitau kat aku berdepan macam tu memang aku hantuk kepala hangpa ke dinding dulu lepas tu baru aku tanya. Pasainya memang layak pun dibuat macam tu.

Dah berpuluh-puluh kali dah Rang Daftar Pemilih Tambahan keluar setiap 3 bulan sekali. Takkan masih tak faham-faham lagi prosedur cara kerja. Kecuali la kalau yang baru pertama kali pegang tanggungjawab tu.

Aku harap, bagi yang dah dapat senarai tu, sekarang ni dalam proses menganalisa senarai tu dan dalam masa yang sama dalam proses nak serahkan kepada peringkat UPU untuk tindakan selanjutnya.

Aku pun dok tengah berpinar mata tengok daftar tu. Setakat ni aku jumpa 2 kes yang aku tak berapa nak faham apa maksud SPR yang sebenarnya.

Kes 1.

Kalau ikut yang tercatit kat situ, bagi kes yang pertama nama dia dipotong dari daftar pemilih sebab dia balik dari luar negeri. Mushkil aku, pasai apa pulak nama dia di potong. Selama ni sebelum dia balik dari luar negeri dia mengundi untuk kawasan mana?

Sefaham aku, kalau dia pi luar negara sebab urusan rasmi kerajaan dia layak jadi pengundi pos. Pasai apa pulak nama dia di potong bila dia balik dari luar negeri. Sedangkan masa dia jadi pengundi pos masa kat luar negara, dia mengundi. Tak faham aku.

Kes 2.

Kes kedua ni terbalik dari kes yang pertama. Mek ni pulak nama dia kena potong sebab dia pi keluar negara. Pasai apa pulak nama dia nak kena potong. Lantak pi la dia nak pi ke mana pun. Kecuali la kalau dia dah tukar kewarganegaraan, memang la dia hilang kelayakkan untuk mengundi.

Tapi kalau seseorang pengundi tu lucut kewarganegaraan, SPR ada status khas untuk jenis tu. "PENANDAAN PEMOTONGAN - DILUCUTKAN KEWARGANEGARAAN"

Mushkil aku. Hangpa rasa macamana?

Kalau la ada mana-mana pegawai SPR yang baca blog aku ni, mintak tolong cerita apa cerita sebenarnya. Kalau aku dah faham dan memang patut macam tu, tak payah la aku nak bertengkar dengan pegarai SPR pasai bab ni minggu depan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...