KUALA LUMPUR, 14 Sept – Dewan Pemuda PAS pusat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuang lebih 10,000 nama dalam daftar pemilih badan itu yang dikaitkan dengan kes ‘MyKad’ palsu dalam tempoh dua bulan lalu.Memang CELAKA pegawai-pegawai SPR 'si anjing Umno' yang buat kerja ni. Mana boleh suka-suka buang nama dari daftar pemilih yang dah disahkan.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu telah dikesan pihaknya yang kini giat mengenal pasti kepincangan dalam daftar pemilih selepas isu warga negara asing didaftar sebagai pengundi.
Kata beliau, pihaknya telah mengenal pasti lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam daftar pemilih SPR melalui kajian dibuat, namun mendapati ia telah dibuang selepas melakukan semakan terbaru.
Tambah Suhaizan, SPR tidak mempunyai kuasa untuk membuang nama-nama dalam daftar pemilih selepas tempoh bantahan tamat walaupun terdapat keraguan.
“Kita ada rekod SPR, setiap parti politik boleh membeli maklumat daripada SPR, daripada senarai pengundi ini kajian dibuat, kita kaji yang mana kita mencari nama dan nombor kad pengenalan yang sama, hasilnya adalah apa yang kita dedahkan selama ini.
“Lebih daripada 10,000 nama telah dikeluarkan dalam tempoh dua bulan data ini dikeluarkan... peraturan mana yang SPR guna untuk buang data ini, nama-mana ini telah digazetkan... macam mana dengan mudah SPR buang, SPR sepatutnya buang sebelum ia digazetkan iaitu semasa daftar pemilih dipamerkan sekiranya ada bantahan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.
Jelas beliau, terlalu mudah untuk SPR mengeluarkan data yang salah tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan. - TMI.
Ikut prosedurnya, untuk membolehkan nama dibuang SPR kena masukkan nama-nama tu dalam Rang Daftar Pemilih yang dikeluarkan setiap suku tahun. Rang tu pulak perlu dipamerkan untuk proses semakan dan bantahan. Kalau ada bantahan, SPR kena buat siasatan. Kalau takdak bantahan atau kalau ada bantahan tapi bantahan tu tak valid baru boleh SPR buang dari daftar pemilih. Tu pun belum sah lagi, sampai la daftar baru tu digezetkan.
Sejak dibuat sistem pendaftaran ikut suku tahun yang mula dibuat pada tahun 2002, Banyak status yang SPR gunakan untuk buang nama pemilih dari senarai daftar pemilih. Di bawah ni aku senaraikan antara status yang Jentera Pilihanraya PAS senaraikan.
- Tentera Diragui
- Polis Diragui
- Tiada Rekod Di JPN
- Bukan Warganegara
- Dilucutkan Warganegara
- Silap Pendataan
- Tidak Ditemui
- Pengenalan Diri Tidak Lengkap
- Rekod Tidak Aktif Di JPN
Selain dari senarai status kat atas tu aku rasa ada lagi status lain yang mungkin depa terlepas pandang. Contohnya status 'Masuk Penjara/Sabitan Mahkamah' pun dibuang juga macam yang aku pernah tulis sebelum ni.
Cumanya masa tu tak ramai yang peduli, kalau takat aku menjerit kat dalam blog cap ayam ni, sapa yang nak peduli. Bagitau kat wakil rakyat pun tak nampak ada tindakan. Bagitau kat Naib Presiden pun takdak dengat bunyi ada tindakan.
Ni pun, nasib baik la ada Suhaizan Kayat ambil peduli dan rajin buat Sidang Media sampai blog dia pun dah naik bersawang lama tak update. Kalau la dia aktif macam ni sejak tahun lepas, aku yakin dia tentu menang punya jawatan Ketua Pemuda PAS kalau dia lawan Ust Din Tantawi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis