Malang Shahrizat walaupun dah dapat hidayah, masih dicari SPRM | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Februari 08, 2012

Malang Shahrizat walaupun dah dapat hidayah, masih dicari SPRM

Malaysiakini melaporkan:
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kembali bertugas hari ini selepas bercuti selama tiga minggu, telah dipanggil ke ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Menurut seorang saksi, Shahrizat - yang merupakan ketua
Wanita Umno - tiba sekitar jam 4 petang

Dipercayai beliau sedang disoalsiasat berkaitan dengan siasatan yang sedang berjalan terhadap skandal National Feedlot Corporation, yang didakwa melibatkan anggota keluarganya. - Mkini.  
Kesian Shahrizat, ingatkan bila dah habih cuti 3 minggu yang katanya sebab takmau kacau siasatan SPRM ke atas skandal NFC, boleh la dia buat gerakan baru, untuk bersihkan balik imej dia yang dah tercalar teruk.

Rupa-rupanya siasatan SPRM tak habih lagi. Bukan setakat tak habih lagi, malah dia sendiri pulak yang dipanggil SPR. Tapi tak dinyatakan pulak dia dipanggil tu untuk bagi keterangan sebagai saksi ataupun dia sendiri yang sedang disiasat.

Nasib baik dia dipanggil untuk bagi keterangan di pejabat SPRM, kalau SPRM pi serbu pejabat dia, memang sah la Shahrizat yang sedang SPRM siasat.

Kesian kat Shahrizat dia ingat bila dah balik dari mengerjakan Umrah untuk kali yang ketiga dalam masa sebulan, dengan imej baru yang lebih baik cara bertudung dari sebelum ni, dengan siap bagitau yang dia dapat hidayah di depan Kaabah, rupa-rupanya dia masih terpaksa mengadap pegawai SPRM.

Nampak gayanya, macam sia-sia ja Shahrizat sungguh-sungguh cuba nak baiki imej dia sehari dua ni. Pegawai SPRM pulak nampaknya tak bagi peluang langsung kepada Ketua Wanita Umno merangkap menteri ni.

Lagi satu yang aku mushkilnya, pasai apa pulak Shahrizat cuma bercuti 3 minggu sedangkan siasatan SPRM ke atas isu skandal NFC belum lagi selesai. Patutnya bagi SPRM selesaikan siasatan dulu la baru Shahrizat dibenarkan sambung tugas balik. Tu pun kalau SPRM dapati Shahrizat langsung tak bersalah.

Lagi satu, aku ingatkan Shahrizat betul-betul dah dapat hidayah masa di Mekah tu untuk pakai tudung litup menutup rambut yang sebahagian dari aurat untuk orang perempuan. Masa baru balik dari Mekah tu nampak kira ok la cara dia tutup rambut tu.

Rupa-rupanya tak lama, mungkin sekadar fesyen baru balik buat Umrah. Dalam gambar terbaru ni macam yang ditulis blog LensaHp, fesyen terbaru Shahrizat nampaknya, walaupun dah tak berjambul macam sebelum ni, tapi sebahagian dari jambul tu masih lagi kelihatan.

Bab dia bersalam dengan lelaki bukan muhrim tu cerita lain pulak...



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...