Patutnya kita kena pastikan takdak kemuncup di atas padang... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Februari 06, 2012

Patutnya kita kena pastikan takdak kemuncup di atas padang...

Harakahdaily melaporkan:
KUALA TERENGGANU, 5 Feb: PAS mengarahkan semua jenteranya memberikan fokus sepenuhnya untuk memenangi pilihan raya umum akan datang kerana peluang untuk PAS menang amat besar.

"Kita sekarang nak hadapi pilihan raya jadi kena fokus. Masa ini tak perlu cabut kemuncup kat baju atau stokin kita, fokus kepada nak sumbat gol.

"Ini tak, penjaga gol pun dok sibuk sabut kemuncuk sampai orang sumbat gol pun tak sedar," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika memberi taklimat kepada jentera penerangan PAS Terengganu. - Hrkh
Memang tepat sungguh mantiq tu, kalau penjaga gol pun sibuk nak cabut kemuncup memang besar la harapan untuk kalah.

Masalahnya, dengan kemuncup ni pun bukan boleh senang-senang nak buat taktau, pasai gatalnya bila cucuk ke kulit memang lain macam. Kalau orang tak biasa memang tak tahan.

Tambah-tambah pulak untuk orang yang baru nak aktif, ataupun selama ni walaupun aktif tapi tak pernah lagi jadi pemain utama, mungkin cuma sekadar pemain simpanan ataupun cuma sekadar tukang bancuh air.

Kalau yang jenis yang macam tu memang tak heran kalau depa lebih sibuk nak cabut kemuncup dari nak main bola. Sebelum ni pun memang depa dok leka cabut kemuncup tapi tak berapa bagi kesan kepada pasukan.

Untuk yang memang sebelum ni dah ada pengalaman jadi pemain utama pun belum tentu boleh tahan dengan kemuncup, tambah-tambah pulak jenis yang dah lama tak berlatih, kali terakhir bermain pulak hampir 4 tahun lepas. Silap-silap depa lagi leka cabut kemuncup.

Cuma yang aku mushkilnya, pasai apa kita tak tebas rumput yang keluarkan kemuncup tu betul-betul sebelum perlawanan bermula. Kalau dah takdak kemncup di tengah padang dah tentulah takdak kemuncup yang melekat kat baju atau setokin.

Kalau kita dah sungguh-sungguh pastikan takdak kemuncup atas padang tapi masa main kemuncup ada jugak, nak buat macam mana lagi. Masa tu baru la sesuai kalau kita marah pemain yang dok ralit cabut kemuncup.

Kita sepatutnya ada satu pasukan khas yang pastikan dengan apa cara sekali pun supaya takdak kemuncup atas padang sebelum perlawanan bermula.

Lebih malang lagi kalau kita sendiri sebenarnya samaada secara sedar atau tidak, yang tanam rumput kemuncup tu kat tengah padang...

Apa pun Harakahdaily juga melaporkan:
Dalam majlis itu, Tuan Ibrahim memberikan peringatan kepada petugas PAS agar mengamalkan tiga perkara bagi melancarkan kemenangan PAS iaitu
Ikhlas dalam perjuangan, sabar dalam menghadapi perjuangan dan solat malam (tahajud) untuk mendekatkan diri kepada Allah.

"Juga sentiasa memohon ampun kepada Allah kerana kita bimbang tidak menang kerana dosa ahli kita," kata Tuan Ibrahim. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...