SHAH ALAM 6 FEB : Sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor tahun ini meriah dengan keberangkatan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyempurnakan majlis yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.
Di majlis yang sama, DYMM Sultan Selangor berkenan menyempurnakan pelancaran Bulan Dakwah Selangor 2012.
Majlis dimulakan pada awal pagi dengan barisan perarakan yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berjalan sejauh 1.6 kilometer bermula di stadium Mini dan berakhir di Stadium Malawati.
Majlis yang dihadiri hampir 10 ribu orang ini dimeriahkan lagi dengan persembahan pentas yang menampilkan kumpulan nasyid Hijjaz dan In-Team. Manakala tazkirah ringkas diberi oleh Dr Zahazan Mohamad dengan tajuk “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”. - Selangorkini.
Selangorkini juga melaporkan:
Seramai lima tokoh diangkat menerima anugerah Khas Maulidur Rasul dalam kategori masing-masing yang didahului oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menerima anugerah Umar Abdul Aziz. - Ibid.Mula-mula sekali aku memang takdak maklumat, sapa sebenarnya yang pilih tokoh Ma'al Hijran peringkat negeri Selangor tu.
Yang kedua, aku jugak takdak maklumat langsung apa kreteria yang digunakan untuk melayakkan seseorang tu dicalonkan dan seterusnya dipilih sebagai tokoh Ma'al Hijrah tu.
Yang lebih memushkilkan lagi, macamana anugerah peringkat negeri Selangor boleh dibagi kepada seorang yang selama ni cukup jelas kelihatan sebagai penchachai Umno, yang tindak tanduk dia memang cukup-cukup bias, yang kebanyakkannya menguntungkan BN dan dalam masa yang sama menyusahkan Pakatan Rakyat termasuk di Selangor.
Bila baca laporan kat atas tu, aku memang tak boleh nak buang persepsi dalam kepala otak aku yang anugerah tokoh Ma'al hijrah peringkat negeri Selangor kali ni memang kerja jahat puak-puak penchachai Umno mempergunakan institusi istana untuk memalukan Kerajaan negeri Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Tak mustahil jugak itu sebahagian usaha depa nak bagi timbul masalah antara Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar merangkap Exco Agama dengan Sultan Selangor yang dikatakan ketua agama Islam di Selangor.
Takkan la negeri sebesar Selangor dengan penduduk yang ramai takdak tokoh lain yang layak dibagi anugerah Tokoh Ma;al Hijrah tu.
Selangorkini juga melaporkan Abdul Aziz dengan bangga berkata:
“Pada saya anegerah ini adalah satu pengiktirafan kepada saya sebagai pengerusi SPR, walaupun mungkin itu hanya sebagai salah satu faktor, pertimbangan yang besar ialah kerja-kerja sosial saya. - Ibid.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis