Membandingkan Nik Aziz dengan Dr. Mahathir | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Februari 06, 2012

Membandingkan Nik Aziz dengan Dr. Mahathir

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 5 Feb — Utusan Malaysia hari ini menyifatkan kesediaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus bertanding pada pilihan raya umum ke-13 membuktikan pemimpin veteran PAS itu tidak memahami realiti bahawa dirinya sudah uzur.

Mengambil contoh umur Nik Aziz, akhbar milik Umno itu mendakwa pemimpin berusia 80-an itu masih “ghairah untuk berkuasa” walaupun sudah memimpin Kelantan selama empat penggal atau lebih 21 tahun.

Tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz (gambar) masih mahukan jawatan tersebut. Khabarnya, hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam,” kata akhbar itu dalam ruangan Awang Selamat. - TMI.     
MalaysianInsider juga melaporkan:
Akhbar itu juga mengatakan walaupun perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohanad — pemimpin yang dikritik Nik Aziz kerana terlalu lama berkuasa — tahu untuk berundur walaupun masih ramai yang memerlukan kepimpinannya.

“Jika Dr. Mahathir yang tidak dikaitkan dengan imej ulama mempunyai keyakinan untuk berundur dan tidak selamanya mahu bergayut pada jawatan, mengapa Nik Aziz tidak boleh berbuat demikian? - Ibid.
Malaysiakini pula melaporkan:
Tan Sri Muhyiddin Yassin memperlekehkan kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkata beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh PAS Kelantan.

Sebaliknya dakwa timbalan perdana menteri, tidak ada sesiapun dalam PAS yang boleh menghalang Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am parti itu daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

“Siapa boleh kata Nik Aziz jangan bertanding?" katanya dipetik Bernama pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) serta pengelola sekolah Jenis Kebangsaan Cina seluruh Selangor di Shah Alam, semalam. - Mkini.
Laporan Utusan dan kenyataan Muhyiddin tu menggambarkan betapa Umno masih lagi tak boleh nak lawan kehebatan pengaruh dan aura TG Nik Aziz walaupun sudah berumur lebih 80 tahun dan menjadi menteri besar paling lama di Malaysia.

Berbeza dengan  menteri besar  dari Umno BN, lagi lama berkuasa lagi banyak kelemahan dan semakin ditolak oleh rakyat termasuk dari kalangan pemimpin BN sendiri. TG Nik Aziz pulak, semakin lama menjadi Menteri Besar semakin banyak pulak kebaikan yang dibawa dan semakin disayang oleh rakyat.

Yang menjadi faktor penghalang kepada TG Nik Aziz untuk terus jadi Menteri Besar cuma tahap kesihatan dia yang semakin menurun atas faktor usia.

Bukan setakat dibandingkan dengan mana-mana menteri besar dari BN tapi kalau dibandingkan dengan Dr. Mahathir pun yang ramai mengakui kehebatan berpolitik dan mentadbir, TG Nik Aziz jauh terkedepan.

Dr. Mahathir sendiri kalau ikut mantik laporan Utusan tu sebenarnya'masih 'ghairah untuk kuasa,' tapi Dr. Mahathir pun tau, kalau dia terus jadi PM masa tu kemungkinan besar Umno BN akan kalah dalam pilihanraya pasainya tahap kebencian rakyat cukup memuncak waktu tu sampai tahap ramai yang gelar dia sebagai Mahafiraun.

Semua orang boleh nampak bukti Dr. Mahathir sebenarnya masih mau 'ghairah untuk kuasa' bila walaupun dah tak jadi PM dan Presiden Umno, Dr. Mahathir tetap sibuk nak kawal Umno dan BN malah Dr. Mahathir yang paling lantang suruh Paklah berundur dari jawatan PM. Bila Paklah akhirnya berundur dan Najib sebagai pengganti pun dibelasah juga oleh Dr. Mahathir.

Berbeza dengan TG Nik Aziz, kalaulah dibuat pungutan suara di Kelantan, bandingkan dengan sapa pun untuk jawatan Menteri Besar, aku cukup yakin TG Nik Aziz akan dapat majoriti lebih 2/3.

Lagi satu beza antara TG Nik Aziz dengan Dr. Mahathir, Dr. Mahathir terpaksa berhenti pasai dia takut Umno BN kalah kalau dia terus jadi PM tapi TG Nik Aziz pulak takut nak berhenti pasai  dia takut PAS dan Pakatan Rakyat akan kalah kalau dia berhenti.

Apa pun, pada aku memang sepatutnya pun TG Nik Aziz berundur dari jawatan MB, bukan sangat pasai dia tak berapa sesuai lagi untuk jadi MB tapi lebih kepada TG Nik Aziz lebih perlu jadi 'Mursyidul AM' kepada Pakatan Rakyat yang mempunyai peluang yang cerah untuk tawan Putrajaya dalam PRU13 nanti.

TG Nik Aziz perlu jadi 'ketua kerohanian' untuk tolong jernihkan suasana pasai bila Pakatan Rakyat berkuasa nanti aku yakin banyak masalah akan timbul yang perlukan seorang yang ada aura macam TG Nik Aziz untuk jadi tempat rujuk yang boleh diterima oleh hampir semua pihak.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...