Bangang punya Ahmad Maslan, kan dah malu sendiri... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Februari 22, 2012

Bangang punya Ahmad Maslan, kan dah malu sendiri...

Dewan Syura' Ulama' PAS pun belum komen lagi tiba-tiba Ahmad Maslan pulak yang kalut nak suruh Anwar bagi penjelasan kepada semua ahli Majlis Syura' Ulama. PAS.

Kalau nak ambil polical mileage pun patut padan la. Tunggu la dulu, dengar dulu apa pendirian Majlis Syura' Ulama' PAS.

Yang lawaknya, Ketua Penerangan Umno ni siap tuduh "Menteri Besar Kelantan itu sentiasa memihak kepada Anwar". Mungkin kut dia yakin sangat yang TG Nik Aziz akan ikut saja apa pendirian PAS.

Nak jadi cerita, TG Nik Aziz sendiri menafikan 'tuduhan' Ahmad Maslan tu. Dengan tak payah mesyuarat Majlis Syura' Ulama', TG Nik Aziz terus buat kenyataan "Berbeza atau tidak dengan sesiapa, PAS tetap dengan pendirian ini."

Kan dah malu sendiri. Konon nak tunjuk dia hebat la kut, konon bacaan politik dia tinggi, alih alih sendiri yang malu.

Kenyataan dari TG Nik Aziz tu secara tak langsung menafikan tuduhan jahat puak-puak penchachai Umno selama ni yang kata TG Nik Aziz adalah penyokong tegar Anwar.  
mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan kepada Majlis Syura PAS berhubung kenyataannya mengenai isu keselamatan negara Israel.

Ahmad berkata tindakan Anwar menjelaskan kenyataannya itu kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini boleh diibaratkan sebagai lakonan politik semata-mata.

Ini kerana sudah terbukti Menteri Besar Kelantan itu sentiasa memihak kepada Anwar termasuk dalam kes liwat dan video seks, kata Ahmad.

"Pendirian Nik Aziz tiada kredibiliti kerana beliau ulama politik. Jika Anwar takut hendak berdepan dengan Majlis Syura PAS, maka tidak perlulah heboh mahu berdebat dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Selepas pertemuan kira-kira sejam hari ini, yang turut disertai Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Anwar berkata Nik Aziz memahami pendirian beliau mengenai Israel. - mStar.
Malaysiakini melaporkan:
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian parti Islam itu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, walaupun pandangannya mungkin berbeza dengan pihak lain.

"Saya ingin mengulangi pendirian saya dah Majlis Syura serta pendirian PAS khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.

"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, PAS tetap dengan pendirian ini," katanya yang juga menteri besar Kelantan. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...