Kenyataan penuh Anwar - Jadinya, bila Anwar nak saman? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Februari 16, 2012

Kenyataan penuh Anwar - Jadinya, bila Anwar nak saman?

Anwar Ibrahim dah keluarkan kenyataan penuh dia mengenai isu keselamatan Israen dan Palestin. Antara lain dia tulis:
Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel).

Sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya.

Media, pimpinan Umno dan Datuk Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Kenyataan saya kepada ASWJ secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin. - Keadilandaily
Antara lain perkara yang aku rasa penting yang dia tulis:
Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan. - Ibid.  
Dengan kenyataan penuh ni, apa yang aku faham, Anwar Ibrahim memang bersetuju untuk meniktiraf kedaulatan negara Israel.

Aku rasa pemimpin PAS memang dah lama faham dan maklum pendirian Anwar ni. Cumanya macam yang aku tulis sebelum ni, pemimpin PAS amat bimbang dengan persepsi rakyat terutamanya majoriti orang melayu Islam.

Aku dah bentangkan pendapat aku berkaitan mentaliti majoriti orang melayu Islam yang "dalam kepala puak-puak jenis ni mungkin cuma ada dua pilihan, ya atau tidak. Sokong Palestin atau sokong Israel"

Pasai itulah TG Nik Aziz mencadangkan satu cara penyelesaian yang cukup mudah tapi tentu berkesan untuk Anwar buat iaitu tarik balik kenyataan tersebut ataupun saman ASWJ.

Tapi, kalau ikut kenyataan media tu Anwar nampaknya memang mengaku bersetuju untuk iktiraf kedaulatan negara Israel dan menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel dan Anwar jugak tak kata ASWJ salah. Jadinya tak timbul soal dia nak tarik balik kenyataan dia ataupun nak saman ASWJ.

Jadinya sekarang ni, tanggung jawab utama yang terletak atas kepala Anwar Ibrahim adalah untuk memastikan majoriti orang melayu Islam faham apa yang dia maksudkan, satu kerja yang cukup berat dan nampak macam hampir mustahil dia boleh buat.

Kalau dia buat roadshow ke seluruh negara pun aku yakin dia takkan berjaya fahamkan majoriti orang melayu Islam dengan pendirian dia tu.

Lagi satu, kalau ikut kenyataan media tu jugak, Anwar menyalahkan "Media, pimpinan Umno dan Datuk Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin".

Jadinya bila Anwar nak saman puak-puak tu. Mungkin tindakan saman macam tu boleh kut sikit sebanyak bagi orang faham apa sebenarnya yang dia nak sampaikan dan sikit sebanyak boleh dapat tarik balik undi yang mungkin terlepas akibat kenyataan dia dalam ASWJ tu.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...