Najib boleh pilih antara Anwar, Hj Hadi atau Kit Siang... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Februari 20, 2012

Najib boleh pilih antara Anwar, Hj Hadi atau Kit Siang...

Najib, Anwar, Hadi & Kit Siang
Malaysiakini melaporkan:
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga bersedia untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai sebarang isu yang membabitkan kepentingan rakyat negara ini, kata naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar.

Dalam menyokong desakan pelbagi pihak agar Najib menyahut seruan supaya berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahfuz (kiri) berkata beliau juga perdana menteri juga harus bersedia bersemuka dengan presiden partinya kerana PAS dan Umno adalah parti Melayu terbesar negara ini.

"Najib boleh berdebat dengan Abdul Hadi berhubung apa-apa isu, kerana PAS tidak mahu meletakkan sebarang syarat. Walau bagaimanapun, ia tidak harus terhad kepada isu-isu yang berkaitan dengan Melayu dan Islam sahaja, kerana kita adalah sebuah negara berbilang kaum," kata Mahfuz. - Mkini.  
Kut-kut la Najib tak berapa nak berani nak berdebat dengan Anwar Ibrahim, Najib boleh pilih untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan utama Pakatan Rakyat.

TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS dah pun bagi persetujuan untuk berdebat, tu pun kalau Najib berani dan aku yakin Lim Kit Siang pun takdak apa-apa halangan kalau Najib pilih untuk berdebat dengan dia.

Kalau nak dikira dan dibagi peluang, aku yakin pemimpin Pakatan Rakyat macam Mahfuz pun memang teringin sangat nak berdebat dengan Najib, malah mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat pun bersedia untuk berdebat dengan Najib. Tapi tak padan la pulak kut dengan status Najib sebagai Presiden Umno, Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri.

Yang paling padan tentu sekali dengan Anwar Ibrahim pasai dia yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri kalau Pakatan Rakyat berjaya tawan Purtajaya selepas PRU13 nanti.

Gambar Hiasan
Untuk pemimpin macam Mahfuz, boleh berpuas hati kalau dapat berdebat dengan Hishamuddin pun, sama taraf, masing-masing sebagai Naib Presiden, tapi kalau Mahfus debat dengan Hishamuddin, tentu punya Hishamuddin jadi lauk untuk Mahfuz.

Cumanya, macam jugak Najib, Hishamuddin pun jenis penakut jugak, jenis "ANAK BAPAK", tunggu kucing bertanduk pun belum tentu Hishamuddin berani nak berdebat... Hahaha...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...