Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kontroversi atas dakwaan mahu meminda undang-undang Islam sebelum ini.
Tanpa menyebut nama ketua pembangkang secara jelas, Najib menganggap kenyataan sebegitu sebagai antara cabaran getir umat Islam hari ini.
"Kita sedar kepentingan umat Islam itu penting kita juangkan. Kita berdepan dengan pelbagai cabaran yang getir dan berdepan dengan kenyataan oleh pemimpin tertentu sehari dua ini, yang kita anggap sebagai satu yang mungkin pelik, pelik bin ajaib, ajaib bin pelik.
"Bila kenyataan bahawa undang-undang seksual negara kita perlu dipinda kerana lapuk dan ketinggalan zaman, tertentu sekali terfikir pada kita kenapa undang-undang Allah tak boleh dijelmakan kepada bentuk undang-undan yang kawal manusia? Adakah undang-undang Allah lapuk?" katanya. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC) Januari lalu, Anwar diminta menyatakan pendirian sama ada bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi' terhadap kumpulan homoseksual.Tak payah la kut aku ulas laporan kat atas tu. Pasainya cukup mudah nak faham. Tambah-tambah pulak kalau kita cukup kenal siapa Najib sebenarnya dan apa pendirian Najib berkenaan hukum Islam selama ni terutamanya bab hukum hudud.
Beliau menegaskan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia keseluruhannya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi "tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan".
Beliau menafikan merujuk undang-undang Islam atau mempertahankan aktiviti liwat tetapi merujuk undang-undang sedia ada, termasuk termasuk peruntukan dalam seksyen 377(B) dan 377(C) Kanun Keseksaan yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, khususnya musuh politik. - Ibid.
Dalam satu wawancara dengan wartawan pada 20 April 1983, Najib keluarkan kenyataa yang berbunyi "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan."
Kalau nak kira Pelik bin Ajaib, Najib yang lebih pelik. Najib tak pernah tarik balik kenyataan dia tu, malah dia memperkuatkan lagi dengan hujjah dia bila dia kata Umno BN takkan jalankan hukum hudud di Malaysia kerana tak sesuai dengan persekitaran.
Nak sesuai dengan persekitaran macammana kalau langsung takdak usaha dibuat untuk sesuaikan persekitaran tu untuk laksanakan hukum hudud.
Apa pun, aku pun sebenarnya tak berapa nak yakin Pakatan Rakyat akan bersetuju laksanakan undang-undang hudud kalau dapat tawan Putrajaya pada PRU13 nanti tapi sekurang-kurangnya PAS dah tunjukkan istiqamah untuk terus perjuangkan perlaksanaan undang-undang hudud di Malaysia.
Berbanding dengan Umno yang dah lebih 50 tahun memerintah Malaysia bersama Perikatan dan kemudiannya BN, walaupun sejak dari dulu mengaku konon nak perjuangkan Islam tapi sampai hari ni bukan setakat tak berjaya jalankan hukum hudud tapi sejara jelas mengaku memang takmau laksanakan hukum hudud di Malaysia.
Sekurang-kurangnya dengan Pakatan Rakyat ada jugak la peluang tapi dengan BN memang dah kompom takmau.
[sumber] |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis