Masalah sangat ka kalau Anwar wala' kepada Majlis Syura' PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Februari 15, 2012

Masalah sangat ka kalau Anwar wala' kepada Majlis Syura' PAS?

SinarHarian melaporkan:
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam masa terdekat ini bagi menjawab isu beliau dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini.

Menurut sumber dalaman PKR, perjumpaan akan dilakukan selepas mesyuarat bersama kepimpinan PKR, hari ini.

“Esok kita akan adakan perbincangan bersama kepimpinan PKR, selepas itu baru tentukan bila Datuk Seri Anwar bertemu Tok Guru (Nik Aziz).

“Perbincangan yang mendalam akan diadakan bersama Tok Guru bagi menjelaskan isu ini,” katanya. - SinarHarian.   
Macam yang aku tulis sebelum ni, takkan mudah-mudah Anwar nak wala' kepada permintaan Majlis Syura' Ulama PAS. Tambah-tambah pulak selepas tergeliat lidah dia bagi alasan nak rasionalkan kenyataan dia tu. Bukan setakat tu tapi Anwar jugak buat kunjungan jumpa dengan pemimpin Hamas.

Tah apa yang payah sangat pun Anwar nak tarik balik kenyataan dia atau pun saman WSJ kalau laporan tu tak betul. Jatuh ka martabat dia kalau dia buat macam tu.

Pada aku secara peribadi, kalau Anwar ni tah sapa-sapa, lantak pi la dia nak ada pendirian macam mana pun, kalau dia nak sokong Israel sekali pun aku tak peduli malah aku langsung tak heran.

Masalahnya Anwar dah pun dicanang sebagai bakal Perdana Menteri kalau Pakatan Rakyat dapat tumbangkan Umno BN dan untuk pastikan canang tu jadi kenyataan Pakatan Rakyat memerlukan sokongan majoriti rakyat Malaysia termasuk majoriti orang melayu.

Masalahnya, dengan penjelasan dia yang berbelit-belit tu berapa ramai pengundi melayu terutamanya, yang tak faham atau silap faham atau diseleweng kefahaman depa. Dalam kepala puak-puak jenis ni mungkin cuma ada dua pilihan, ya atau tidak. Sokong Palestin atau sokong Israel.

Kalau puak-puak ni jenis mudah faham, dah lama dah Umno melingkup. Masalah yang lagi besar, bukan setakat payah nak faham, penjelasan kita pun payah nak sampai ke telinga depa.

Lagi satu, TG Nik Aziz tak perlukan penjelasan. Aku yakin dia faham apa pendirian Anwar Ibrahim malah aku yakin TG Nik Aziz boleh terima seadanya pendirian Anwar Ibrahim tu atas semangat nak lawan Umno. Masalahnya aku rasa TG Nik Aziz risau dengan kefahaman rakyat terbanyak yang tentunya sekit sebanyak akan menjejaskan undi.

Pasai tu la TG Nik Aziz cadangkan Anwar tarik balik kenyataan dia tu ataupun kalau kenyataan dia tu disalah petik, Anwar kena saman WSJ. Satu tindakan yang secara relatifnya mudah dan tentu punya berkesan.

Apa pun, macam yang juga dilaporkan SinarHarian:
SHAH ALAM – Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada mahu memohon maaf dan menarik balik sokongannya terhadap Israel meskipun Majlis Syura memutuskan beliau harus berbuat sedemikian, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Justeru kata beliau, pendirian Ketua Pembangkang itu tidak akan menjejaskan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

Mohamad menambah, apa yang diperkatakan oleh Anwar kepada Wall Street Journal (WSJ) adalah pandangan peribadi dan dasar partinya, dan oleh itu, terpulang kepada beliau untuk memohon maaf atau sebaliknya.

"Pas tidak mempunyai halangan, terpulang kepada Anwar sendiri, persamaan dasar yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menuju ke Putrajaya, sekiranya ada parti ddalam PR mempunyai dasar lain, ia akan diperbincangkan kemudian.

"Namun sekiranya PKR dan DAP mempunyai dasar partinya sendiri, Pas tidak mencampurinya. Terpulang kepada mereka, termasuk menyuarakan pandangan peribadi ataupun mewakili parti," katanya kepada Sinar Harian semalam. - SinarHarian.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...