Datuk Seri Najib Razak berkata usaha memupuk persefahaman dan kesedaran menerusi perbincangan, majlis dialog dan juga pendidikan amat penting supaya orang ramai memahami dengan jelas segala perbezaan dan juga persamaan antara kaum dalam negara.
Perdana Menteri berkata rakyat umpamanya tidak harus terkeliru dengan apa yang dimaksudkan dengan soal kebudayaan dan soal akidah agama.
Beliau seterusnya memberi contoh kehadirannya pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini, yang dipertikai oleh segelintir pihak apabila beliau memakai baju kurta, iaitu baju tradisional kaum India. - Mkini.
Bila dia berdiam diri mungkin orang fikir dia mungkin bangang tapi bila dia bukak mulut memang konpom BANGANG.
Tak timbul langsung dalam isu ni nak pakai baju apa pun. Rasanya perdebatan bab baju ni ulama' dah selesai lama dah. Dah tak patut timbul langsung isu tu, tah sapa la yang bangang yang jadi penasihat Najib yang nasihatkan dia bela diri guna isu pakaian..
Ikut suka hang la nak pakai baju fesyen apa pun dan dah tak timbul isu dalam Islam selagi fesyen tu tutup aurat. Cumanya jangan pulak sampai pakai pakaian macam sami Hindu, siap calit 3 line, kalau macam tu memang la jumhur ulama' kata haram.
Yang orang persoal pasai apa Najib turut sama meraikan sambutan Thaipusam siap hadir masa upacara di kuil lagi. Kehadiran Najib tu menggambarkan dia seolah-olah 'restu' dengan agama tu.
Yang paling mencolok mata sekali tentunya patung Najib yang didirikan di Batu Cave dekat dengan patung dewa Murugan. Bukan baru kali ni tapi kalau tak silap aku memang tak pernah miss setiap tahun masa perayaan Thaipusam.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis