Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa mendapatkan pandangan penasihat agamanya terlebih dahulu sebelum menghadiri upacara agama lain, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.
Menurut beliau, ini termasuk kehadiran kontroversi Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Dr Juanda (kiri) berkata, perkara itu penting supaya tindakan perdana menteri tidak menimbulkan sebarang kekeliruan.
Najib pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam dengan lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.
Selain itu, gambar perdana menteri juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan mereka yang datang ke kuil itu. - Mkini.
Kalau tak silap aku penasihat agama kepada Perdana menteri adalah Dr Abdullah Mohd Zin yang juga Ahli Perliman Besut. Agak-agak berani ka Dr. Abdullah ni nak nasihat Najib atau lebih tepat lagi berani ka dia nak larang Najib sambut Thaipusam. Najib tentu nak jugak sambut Thaipusan pasai itu saluran yang dia ada untuk jumpa seramai mungkin orang Hindu untuk tunjukkan yang dia kononnya bersama dengan orang India yang beragama hindu.
Lagi pun, sebelum-sebelum ni Najib tak pernah ponteng hadir merayakan Thaipusam, awat selama ni Dr. Abdullah tak tegur pun. Kalau nak tegur sepatutnya dari dulu lagi dia dah tegur.
Lagi pun, Dr. Abdullah Mohd Zin ni pun sekarang ni tengah dok susah hati. Kerusi dia di Besut pun tak selamat. Bukan cerita nak menang, nak boleh jadi calon PPRU13 pun belum tentu. Dalam keadaan macam tu, takkan la dia berani nak sanggah kemahuan Najib pulak.
Lebih kurang sama jugak dengan Jamil Khair, menteri yang sepatutnya jaga hal ehwal agama. Aku langsung tak percaya Jamil Khair berani nak tegur Najib. Dah la dia pun tengah pening dengan skandal duit zakat dan Yayasan Taqwa, sebagai Senator lagi la dia susah hati pasai sampai hari ni masih belum ada kata putus mana dia akan bertanding PRU13 nanti.
Bukan takat tak larang Najib, aku takut Jamil Khair ni pulak yang tolong bagi dalil yang membolehkan Najib pi turut sama sambut Thaipusam.
Orang agama kalau dah jadi menteri ni bukan boleh kira sangat. Macam Mashitah dulu, sapa boleh sangka dia boleh keluarkan hukum tak salah berzina kalau keadaan darurat. Cumanya setakat ni belum dengar lagi la Jamil Khair bagi alasan 'darurat' sebagai dalil Najib boleh pi ke kuil Batu Cave sambut Thaipusam.
Kita belum lupa apa hujjah Jamil Khair berkaitan isu ibadat haji Najib tahun lepas...
[Imej atas tu cilok dari blog RakyatMalaysia]
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis