Betapa relevannya aksi terbaru TG Nik Aziz | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Februari 14, 2012

Betapa relevannya aksi terbaru TG Nik Aziz

TG Nik Aziz bagi amaran
Malaysiakini melaporkan:
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Amerika Syarikat dan Israel berminat melihat kerajaan di Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia Barat.

Menulis di blog chedet.cc, beliau berkata kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Barat terhadap Iran dan beberapa negara lain.

“Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

“Memang pun Malaysia menjadi calon untuk ‘regime change’ kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.

“Adalah menjadi harapan Amerika, apabila ‘regime change’ berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestin.

“Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia,” kata Mahathir. - Mkini.   
Aku yakin percaya majoriti orang yang tak sukan Umno juga tak suka Amerika. Kita tak suka Umno pasai Umno tu teruk macam tu jugak kita tak suka Amerika pasai Amerika tu teruk. Kemungkinan Dr. Mahathir dah nampak semakin ramai yang tak suka Umno dari yang suka, dan dalam masa yang sama juga tak suka Amerika.

Jadinya Dr. Mahathir nak gunakan keadaan tu untuk cuba selamatkan Umno. Pasai tu la dia timbulkan keburukan dan kejahatan Amerika sambil cuba kaitkan Anwar yang cuba diangkat sebagai bakal PM kalau BN tumbang sebagai bakal jadi boneka Amerika.

Secara mudahnya dia nak ujudkan persepsi kalau sokong Anwar dan Pakatan Rakyat berarti sokong Amerika tapi kalau sokong Najib dan BN berarti menentang Amerika.

Aku tak yakin Dr. Mahathir pun yakin dia boleh berjaya dengan sifir dia ni tapi pasai dak tak nampak cara lain, sifir dia yang tak relevan tu terpaksa dia guna moga-moga boleh jadi ratit rakyat Malaysia.

Aku yakin ramai yang sedar betapa tak relevannya sifir Dr. Mahathir tu. Kalaupun betul Anwar berpotensi untuk jadi boneka Amerika tapi Pakatan Rakyat bukannya milik Anwar. Dalam Pakatan Rakyat turut ada PAS dan DAP dan aku cukup yakin bukan saja PAS takkan sekali-kali bersetuju malah DAP pun takkan bersetuju. Jadinya tak sepatutnya timbul kerisauan di situ.

Kita juga boleh senaraikan bermacam-macam aksi Najib dan BN selama ni yang menunjukkan apa pendirian sebenar Najib dan BN dalam isu berkaita Amerika dan juga Israel.

Kat sini kita boleh nampak kecekapan politik TG Nik Aziz. Tindakan terbaru TG Nik Aziz aku yakin boleh hilang terus keraguan tu. Cukup mudah tapi tentu punya cukup berkesan.

Malaysiakini juga ada melaporkan:
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi. - Mkini.
Aksi terbaru TG Nik Aziz ni bagi mesej yang cukup jelas. PAS memang takkan berkompromi dalam isu yang melibatkan Israel dan balachinya Amerika. PAS juga takkan teragak-agak untuk 'menasihati' kawan dalam Pakatan Rakyat.

Apa pun, kita tengok apa pulak aksi drama Anwar Ibrahim lepas ni... Hahaha...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...