Kontroversi Kedah: Video sidang media yang WAJIB ditengok | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Februari 27, 2012

Kontroversi Kedah: Video sidang media yang WAJIB ditengok

Naik risau aku bila baca laporan Malaysiakini berkenaan Sidang Media Petang tadi. Laporan Malaysiakini tu jauh sangat berbeza dari laporan yang Harakahdaily buat. Takkan kut wartawan Malaysiakini pandai-pandai tulis macam tu kalau tak disebut dalam Sidang Media tu.

Kalau baca laporan Harakahdaily, Sidang Media tu walaupun tak banyak membantu jentera peringkat akar umbi untuk jawab isu ni, sekurang-kurangnya boleh bagi sikit rasa tenang pasai PAS Pusat memang ambil berat keadaan kontroversi perlantikan Exco baru di Kedah sekarang dan sedang cuba sungguh-sungguh untuk selesaikan..

Masalahnya bila baca laporan Malaysiakini pulak, nampak macam Sidang Media tu bagi keadaan lagi tambah berserabut. Tengok tajuk pun naik seram bulu roma.
Malaysiakini melaporkan:

[Sumber: Malaysiakini]
Untuk bagi tak salah faham bila baca laporan Malaysiakini ni, elok dengar sendiri macamana penjelasan dari Cikgu Pa dan Salahuddin Ayob dalam video kat bawah ni. Mungkin panjang sikit la tapi memang patut sangat dengar untuk elak salah faham.




Apa yang aku faham, kesimpulan dari Sidang Media tu cuma dua. Yang pertama, kontroversi ni masih belum berjaya diselesaikan dan yang kedua PAS Pusat sedang berusaha untuk selesaikan isu ni secepat mungkin.

Yang aku kurang puashatinya pasai apa Cikgu Pa yang lebih banyak bercakap. Sepatutnya Salahuddin Ayob sebagai Naib Presiden yang yang lebih layak jadi juru cakap. Yang lebih bagi aku tak puashati pasai banyak isi yang Cikgu Pa cakap tu pada aku tak sepatutnya dia cakap. Bukan boleh menyelesaikan masalah pun, lebih bagi lagi kusut ada la.

Macam yang aku tulis sebelum ni, ahli di peringkat akar umbi sebenarnya tak perlu tau detai pasai kontroversi perlantikan Exco Kedah yang baru tu, depa cuma nak kontroversi tu diselesaikan segera.

Update
Untuk rekod, TG Hj Hadi katanya sedang dalam rangka lawatan kerja ke luar negara dan Mat Sabu pulak sedang mengerjakan Umrah. Pasai tu mesyuarat tu dipengerusikan oleh Salahuddin Ayob, salah seorang dari 3 Naib Presiden. [sumber: MSO]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...