Ada blog penchachai yang bukan setakat bubuh gambar Dr. Badrul Amin tapi siap dengan gambar perempuan yang didakwa pasangan dia. Dimasukkan sekali dakwaan-dakwaan lama kitar semula ke atas Dr. Badrul Amin.
Ada pulak beberapa blog PR yang cepat cuba counter balik. Masalahnya depa cuma mempertahankan Dr. Badrul Amin tapi tanpa bukti, sekadar kata semua tu perangkap jahat Umno.
Hari ni Harakahdaily siarkan laporan ulasan dari Dr. Badrul Amin sendiri:
[Sumber: Hrkh] |
Lepas baca 'penjelasan' Dr. Badrul Amin tu, jelas pada aku dia dah buat benda yang tak sepatutnya dia buat. Kalau ikut penjelasan dia tu, nampak macam dia pi sorang-sorang tolong wanita tu. Takkan la dalam ramai-ramai pemimpin PKR yang ikut Temurapat tu takdak yang boleh dia mintak tolong untuk ikut dia pi tolong wanita tu.
Lagi cantik kalau dia mintak tolong dikalangan pemimpin wanita dalam PKR untuk tolong dia tolong wanita yang dalam kesusahan tu, takkan takdak yang sanggup nak tolong. Yang dia gatai pi sorang-sorang tu (andaian aku) pasai apa.
Lagi satu, macamana boleh sampai dia kena serbu dalam bilik, (andaian aku pasai dia bagitau dia dikurung dalam bilik). Kalau setakat nak tolong dapatkan bilik penginapan, cukup la tolong sampai setakat lobby, yang kalut sampai ke bilik tu pasai apa.
Pasai tu la aku berani kata, Dr. Badrul Amin memang benarkan diri dia diperangkap.
Sepatutnya pemimpin Pakatan Rakyat belajar dari kes khalwat Mat Sabu dulu tu. Macamana boleh sampai ditangkap berdua-duaan dalam bilik. Bukannya ada sapa-sapa yang paksa sampai terpaksa berdua-duaan dalam bilik.
Aku percaya mungkin memang takdak niat nak buat tak elok tapi menimbulkan FITNAH pun tak elok jugak. Tambah-tambah sebagai seorang ahli politik, bukan takat dia sorang susah, parti pun terkait sama susah. Dalam kes Dr. Badrul Amin ni, parti PAS malah parti DAP pun kena tempias sama.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis