Harapan Mat Sabu mengenai PAS 10 tahun kehadapan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Februari 07, 2012

Harapan Mat Sabu mengenai PAS 10 tahun kehadapan

Harakahdaily melaporkan:
Kolum Kesatuan Fikrah adalah wadah untuk rakyat memperlihatkan kepelbagaian idea daripada lapisan-lapisan pemimpin PAS, dari yang veteran ke pemuda dalam isu-isu hangat yang membelungi negara kini.

Mewakili PAS Pusat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, suara ulama diwakili oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala suara pemuda diwakili Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi. - Hrkh.
Soalan minggu ini:
Bagaimana anda melihat PAS 10 tahun dari sekarang? Apakah perkara terpenting yang perlu dilakukan PAS sekarang utk mencapai matlamat itu? - Ibid.
Aku salin tampal jawapan oleh Hj Mat Sabu
PAS mesti menonjolkan “good governance” dalam masa 10 tahun akan datang. Para pemimpin PAS dan pentadbirannya harus berubah ke arah yang lebih telus, beramanah dan bertanggungjawab serta performance oriented.

Pemimpin-pemimpin PAS yang memegang jawatan awam perlu bersedia dihisbah termasuk pengistiharan harta pemimpin, Menteri, Menteri Besar, Ahli Parlimen, Adun, ahli majlis tempatan dan lain-lain lagi. Pada hal ini, PAS tertinggal berbanding kerajaan Pakatan Rakyat yang lain.

Ramai yang sudah bosan mendengar retorik berbunyi Islam adalah lengkap, Islam adalah jawapan dan penyelesaian kepada masalah sekarang. Dalam 10 tahun ini, PAS kena membawa Islam dari sudut pelaksanaan – seperti elakkan pemimpin keluarga diri sendiri terlibat daripada rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

Dalam 10 tahun ini, PAS mesti berusaha dan memokuskan kepada pelaksanaan untuk melahirkan kerajaan seperti zaman Umar al-Aziz dan Umar al-Khatab. PAS mesti membawa Islam ke paras lebih tinggi melalui pelaksanaan.

Zaman retorik sudah berlalu. Sekiranya bergantung pada character PAS dan kehendak generasi sekarang untuk berubah. Sekiranya PAS dapat melaksanakan yang terbaik ke arah itu, Insha-Allah PAS akan menerajui negara Malaysia ke arah negara yang makmur dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

Sebaliknya, jika kita gagal, kita akan ketinggalan jauh berbanding rakan-rakan kita di Pakatan Rakyat. - Ibid.
Itu harapan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Berjaya atau tak bergantung kepada kerjabuat kita hari ni.

Tapi kalau masalah kemuncup pun kita tak boleh bagi selesai payah la nak boleh berjaya hasrat Mat Sabu tu. Pasainya hasrat Mat Sabu tu aku nampak cuma boleh direalisasikan kalau PAS berjaya menawan Putrajaya. Tapi kalau banyak sangat kemuncup boleh ka PAS tawan Putrajaya???




Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...