Ada ka ahli PAS yang bangang nak masuk PERKASA? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Februari 07, 2012

Ada ka ahli PAS yang bangang nak masuk PERKASA?

Malaysiakini melaporkan:
PERKASA mendakwa tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyeru MCA memutuskan hubungan dengannya kumpulan pendesak Melayu semata-mata bertujuan mendapatkan perhatian pengundi Cina.

Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali (bawah) berkata, NGO itu tiada sebarang hubungan atau kerjasama dengan MCA, malah tidak seorang pun anggotanya menyertai PERKASA.

"Malah PERKASA lebih banyak mengkritik MCA dari DAP," katanya.

"Adalah lebih baik Guan Eng buat gesaan kepada PAS supaya parti itu tiada langsung hubungan dengan PERKASA kerana tidak sedikit juga ahli parti PAS menjadi ahli PERKASA juga." - Mkini
Teruk PERKASA kena belasah kiri kanan atas bawah pasai isu sampul angpau warna putih, dah tak tau macamana nak jawab tiba-tiba depa nak kaitkan PAS dengan PERKASA pulak.

Juga dilaporkan:
Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan mendakwa, ramai anggota PAS menyertai PERKASA kerana tidak bersetuju terhadap kerjasama dengan DAP yang digelarnya "bapa segala rasis". - Ibid.
Dari ayat yang diguna tu macam nak bagitau yang PAS ada hubungan dan kerjasana pulak dengan PERKASA.

Gila apa pulak PAS nak ada hubungan dan kerjasama dengan PERKASA. Langsung tak logik. Sampai berdarah ahli PERKASA kena belasah dengan Pemuda PAS pasai depa ganggu ceramah Mat Sabu hari tu pun ada yang tak malu kata PAS ada hubungan dan kerjasama dengan PERKASA.

Bab ahli PAS masuk PERKASA tu bab lain, kalau betul ada ahli PAS yang masuk PERKASA, maknanya ahli PAS tu yang BANGANG, benda mudah macam tu pun tak boleh nak faham.

Tak timbul langsung isu PAS tak pernah larang ahli PAS masuk PERKASA pasai tindakan dan kenyataan PERKASA selama ni cukup jelas,  PERKASA  tak pernah setuju dengan PAS. Macam tu lah jugak lebih kurang, tak pernah selama ni PAS setuju dengan tindakan atau kenyataan pemimpin PERKASA.

Bukan maksudnya tak kira apa saja yang PERKASA buat PAS akan tak setuju tapi setakat hari ni memang takdak tindakan atau kenyataan dari pemimpin PERKASA yang PAS boleh bersetuju, semuanya tak boleh pakai.

Memang jelas nampak PAS dengan PERKASA tu bermusuh.

Maksudnya, memang tak sepatutnya ada ahli PAS yang boleh masuk PERKASA. Pada PAS kalau ada ahli dia masuk PERKASA lebih kurang sama macam masuk Umno.

Lagi satu, yang paling jelas sekali, kut-kut pemimpin perkasa macam Syed Hassan terlupa, pemimpin pujaan hati hangpa, si Ibrahim Al-Kataki tu menang kerusi parlimen Pasir Mas atas tiket PAS dan Ibrahim Al-Kataki mengkhianati kepercayaan yang PAS bagi bila dia berpaling tadah.

Macam mana la Syed Hasan boleh pulak terfikir PAS ada hubungan atau kerjasama dengan PERKASA.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...