Pemimpin Hindraf ni gila ka buat tuntutan sampai macam tu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Februari 07, 2012

Pemimpin Hindraf ni gila ka buat tuntutan sampai macam tu?

Malaysiakini melaporkan:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan menerima saman pertama dalam bahasa Tamil, di samping bahasa Melayu yang disyaratkan.

Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) hari ini berkata akan memfailkan saman terhadap lelaki pertama dan kedua Malaysia itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Pengasas bersama Hindraf P Uthayakumar dan peguam M Manoharan berkata, mereka akan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya kesemua 523 sekolah Tamil ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, setiap sekolah diberikan 10 ekar tanah dan sebuah kampus khas melatih guru India diadakan di Universiti Malaysia.

Mereka juga menuntut ganti rugi RM55 bilion setahun untuk dakwaan 55 tahun diskriminasi terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan dan sektor swasta. - Mkini.   
Kalau macam tu rupa tuntutan Hindraf aku rasa tak salah kalau kita kata pemimpin Hindraf tu gila. Bab tuntut untuk sekolah Tamil tu boleh la jugak kira bicara tapi tuntut ganti rugi tu, memang gila!

Untuk apa depa buat tuntutan sampai macam tu. Takkan kut depa ingat depa boleh menang dengan tuntutan macam tu. Bukan setakat Umno BN tak mungkin penuhi tuntutan tu tapi Pakatan Rakyat pun takkan boleh layan tuntutan mengarut sampai macam tu.
NoStatusKaumJumlah (orang)Peratus
1BumiputeraMelayu13.48 juta54 %
2Bumiputerabukan Melayu2.93 juta11.8 %
3Bukan BumiputeraCina6.22 juta25 %
4Bukan BumiputeraIndia1.86 juta7.5 %
5Bukan BumiputeraLain-lain318.9 ribu1.7 %
Jumlah24.8 juta100 %
Jadual atas ni aku salin tampal dari wikipedia, perangkaan tahun 2006.

Kalau guna perangkaan tahun 2006 tu maknanya Hindraf tuntut untuk setiap warga berbangsa India tak kira tua tak kira muda seorang RM32,353 setahun atau RM2,696 sebulan.

Aku tak faham apa sebenarnya pemimpin Hindraf nak dengan buat tuntutan mengarut sampai macam tu. Kalau nak kata boleh dapat, tentu punya la tak dapat. Bukan takat Umno BN yang depa kata teruk menindas orang selama ni takkan bagi, kalau Pakatan Rakyat berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti pun, Pakatan Rakyat takkan mampu penuhi tuntutan gila macam tu.

Kalau tanya aku, aku lebih rasa pemimpin Hindraf tu lebih kepada nak nama, dengan jumlah tuntutan gila-gila tu kononnya mungkin depa nak bagitau kat orang bangsa India yang depa betul-betul perjuangkan nasib orang india.

Masalahnya, kalau betul-betul pemimpin Hindraf nak perjuangkan nasib orang India depa patutnya kemukakan tuntutan yang menasabah yang memang boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan.

Bila tengok tuntutan gila ni, aku teringat tuntutan pertama Hindraf. Apa jadi dengan tuntutan saman Hindraf kepada Kerajaan British yang mintak US1juta untuk setiap warga berbangsa India yang depa dakwa hampir 4billion untuk 4 juta orang yang British tindas. [Sumber: wikipedia]

Sebelum ni pada tahun 2007 Hindraf mengemukakan tuntutan 18 perkara yang tak kurang gilanya.

Aku ingat lagi, masa tahun 2007, sebelum lagi isu Hindraf hangat di seluruh negara, PAS Parit Buntar jemput wakil hindraf datang ke Pejabat PAS Kawasan Parit Buntar untuk PAS dengar tuntutan depa sambil PAS Parit Buntar cuba buat hubungan dengan masyarakat India.

Aku ingat lagi sebagai respond kepada tuntutan depa tu, antara lain Dr. Mujahid kata, kalau nak kira kena tindas, orang PAS lagi teruk kena tindas dengan Umno BN. Apa yang orang PAS dapat. Yang banyak dapat bukan orang melayu tapi pemimpin Umno.Kalau Hindraf tuntut sampai macam tu, maknanya PAS sepatutnya tuntut berkali-kali ganda dari jumlah tu.

Dr. Mujahid ajak wakil Hindraf tu untuk bersama-sama dengan Barisan Alternatif masa tu untuk tumbangkan Umno BN. Kalau Umno BN tumbang insyaalah nasib kaun India akan lebih terbela.

Mungkin tak boleh layan semua tuntutan gila Hindraf tu tapi sekurang-kurangnya nasib kaum India akan lebih terbela berbanding di bawah Umno BN.

Updated

Berkaitan



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...