Anwar perguna agama Hindu untuk kepentingan politik? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Januari 28, 2012

Anwar perguna agama Hindu untuk kepentingan politik?


Malaysiakini melaporkan:
Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam di Sungai Petani hari ini membuat laporan polis bagi membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kuil itu pada 7 Februari depan sempena perayaan Thaipusam.

Pengerusi Pengurusan kuil itu S. Dorai Singam berkata pihak kuil membantah sekeras-kerasnya kehadiran Anwar bagi menjaga ketenteraman awam selain memelihara keselamatan masyarakat Hindu pada perayaan Thaipusam, yang ditakuti boleh terjadi perkara tidak diingini.

"Bimbang kerana lebih 100,000 orang akan hadir...apa akan berlaku sekiranya pergaduhan antara parti politik. Siapa akan bertanggungjawab terhadap keselamatan orang ramai dan penganut," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda. - Mkini.  
Ish! Takkan orang yang beragama Hindu teruk sangat kut sampai sanggup nak bergaduh di hari raya depa, hari Thaipusam.

Apa la punya pengerusi pengurusan kuil sorang ni. Tapi kalau betul ada kemungkinan berlaku pergaduhan pada hari Thaipusam tu, nampak sangat kuil yang dia jadi pergerusi tu gagal 'tarbiah' orang Hindu kat situ.

Apa pun, taku langsung tak percaya kalau ada orang hindu yang sanggup bergaduh pada hari raya agama depa sendiri, langsung tak masuk akal.

Tapi kalau ada puak-puak samseng MIC yang cucuk jarum memang tak mustahil.

Pasainya, puak-puak samseng MIC ni lebih kurang sama ja dengan puak-puak samseng dalam United Malay National Organisation. Jenih samseng ni kalau depa rasa kesamsengan depa terjejas, depa memang takdak masalah kalau setakat nak buat kecoh. Tambah-tambah lagi la kalau ada pulak pihak-pihak yang bagi imbuhan kat depa untuk buat kecoh.

Kalau puak-puak samseng kampung dusun di Jalan Kebun hari tu boleh mengamuk dalam program orang, sama jugak dengan puak-puak samseng MIC mampu jugak mengamuk hatta dalam kuil agama depa sendiri. Puak-puak samseng ni bukan kira soal maruah ka apa, yang penting puas hati, lagi-lagi la kalau ada masyukkk...

Apa pun, dengar ceritanya memang dah banyak kuil-kuil yang dah dapat puak-puak MIC kuasai semula yang sebelum ni dipegang puak-puak Hindraf. Dengan ceritanya ramai jugak pengerusi kuil yang dah 'dibeli' oleh MIC, lebih kurang sama macam pengerusi masjid yang boleh 'dibeli' oleh Umno.

Cuma yang aku mushkilnya, takkan kut puak-puak kaki spin nak ujudkan persepsi yang Anwar Ibrahim pergunakan agama Hindu untuk kepentingan politik dia macam depa ujudkan persepsi PAS gunakan agama Islam untuk kepentingan politik PAS. Tak berapa nak sesuai la.

Takkan kut Anwar Ibrahim berani suka-suka hadir program di Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam tu kalau takdak orang yang ada kaitan dengan kuil tu sendiri yang anjurkan program tu yang jemput Anwar hadir.
[Gambar hiasan kat atas tu aku cilok dari MiloSuam]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...