Ingatkan TG Hj Hadi tak mau bertanding langsung... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Januari 28, 2012

Ingatkan TG Hj Hadi tak mau bertanding langsung...


MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 28 Jan — Disebalik persiapan dan harapan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan hasrat mahu berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Kata Hadi, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.

Beliau (gambar) berkata sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.

Bagaimanapun Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam pilihan raya ke-13.

“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya menambah menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan. - TMI.  
Aku ingatkan TG Hj Hadi langsung takmau bertanding dah dalam pilihanraya, rupanya masih bersedia untuk bertanding satu kerusi.

Kalau macam tu punya 'hasrat' tak payah tanya pun takpa, dah tentu la parti akan buat keputusan presiden akan bertanding kerusi Parlimen.

Aku langsung tak yakin ada dikalangan AJK Pas Pusat atau jawatankuasa memilih calon yang berani nak cadangkan presiden jangan bertanding langsung.

Takkan kut nak suruh dia bertanding hanya kerusi Dun saja. Jatuh la standard PAS kalau ditakdirkan Pakatan Rakyat menang PRU13 nanti dan bentuk kerajaan di pusat tapi presiden PAS cuma setakat jadi Menteri Besar.

Takkan kut nak lantik dia sebagai Senator untuk membolehkan dilantik masuk dalam kabinet. Boleh tu memang la boleh tapi lagi jatuh la standard PAS.

Tapinya aku rasa macam memang dah ada semacam ketetapan yang sorang cuma boleh jadi calon untuk satu kerusi saja. Kalau tak takkan Hj Nizar, calon Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak pernah dilaporkan berkata:
Jumaat ,10 Disember lalu ,penulis mengikuti DS Nizar bertemu penduduk.Penduduk yang ditemui meminta DS Nizar terus bertanding di Bukit Gantang.

Jawapan DS Nizar mudah."Saya bertanding, ikut keputusan parti". "Sekarang calon hanya boleh bertanding satu kerusi saja" jelas DS Nizar.

"Tok Guru suruh saya bertanding sini, saya bertanding"kata DS Nizar."Tok Guru suruh bertanding Pasir Panjang, saya bertanding" ujar DS Nizar. - SisiBukit.
Apa pun, menarik jugak idea kalau TG Hj Hadi sebagai presiden tak bertanding langsung dalam pilhanraya. Lagi menarik kalau Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim pun sama tak bertanding jugak.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...