MalaysiaInsider melaporkan:
KUALA TERENGGANU, 6 Dis ― Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan daftar pemilih yang akan digunakan oleh suruhanjaya itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang adalah daftar pilihan raya sebersih-bersihnya.Orang tua dulu-dulu kata 'lidah tak bertulang', nak cakap apa pun boleh, dan Timbalan Pengerusi SPR ni nak bagi jaminan apa pun boleh, takdak masalah. Cumanya agak-agak ada ka yang cukup BANGANG yang nak percaya?
Timbalan Pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, sekarang ini SPR bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membersihkan nama mereka yang sudah meninggal dunia.
“SPR sejak dulu lagi memberi perhatian yang serius membersihkan daftar pemilih ini,” katanya kepada pemberita selepas program Taklimat Pengurusan Pilihan Raya kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus dan pembantu pilihan raya negeri Terengganu di sini hari ini. - TMI.
Walaupun memang tak dinafikan memang ada tindakan oleh SPR nak bersihkan Daftar pemilih tu, tapi sejarah kerjabuat SPR selama ni menunjukkan sebaliknya.
Konon dia kata SPR sejak dulu serius nak bersihkan Daftar Pemilih tapi realitinya lepas Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Shuhaizan Kayat dedahkan berpuluh ribu nama meragukan baru nampak ada tindakan dari SPR termasuk SPR sendiri terpaksa mengaku memang ada nama pengundi klon dalam daftar pemilih.
Punya la banyak nama meragukan sampai orang macam aku pun boleh jumpa nama meragukan 27 orang dalam daftar pemilih negeri Perak.
Konon kata SPR dah buat proses pemutihan dengan kerjasama JPN sejak tahun 2002 kalau tak silap aku, tapi realitinya DPPM dedahkan terdapat berpuluh ribu nama yang ada dalam daftar pemilih tapi takdak dalam database JPN.
Bukan saja DPPM dedahkan tapi ramai pihak lain termasuk aku pun jumpa jugak senarai pengundi meragukan tu.
Punya la kalut Umno BN dan para penchachai 'si anjing Umno' dengan pendedahan tu sampai tahap JPN terpaksa tutup 2 kali kemudahan semakan MyKad secara online dalam portal JPN yang akhirnya kaedah semakan tu diubah terus, cuma yang buat permohonan MyKad di pejabat JPN saja boleh buat semakan.
Akibatnya aku tak sempat semak 239 orang yang berpotensi sebagai pengundi hantu yang aku jumpa dalam dafta pemilih parlimen Parit Buntar.
Tu belum lagi tengok pengundi POS, lagi banyak nama yang meragukan. Ada yang dah pencen lama pun nama depa masih belum dipotong, masih lagi sebagai pengundi POS macam yang aku ada tulis sebelum ni kat sini.
Harakahdaily hari ni pulak melaporkan:
KUALA LUMPUR, 6 Dis: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, peningkatan 1,463 peratus pengundi pos berlaku di Parlimen Lembah Pantai (P.121).Bersih apanya kalau macam tu.
"Peratus peningkatan ini amat ketara iaitu peningkatan sebanyak 1,463 peratus dalam masa dua bulan iaitu pada 26 September yang lalu hanya 149 pengundi tetapi pada 2 November ia meningkat kepada 2,180 pengundi.
"Melihat kepada angka ini jelas Barisan Nasional melalui SPR begitu terdesak untuk menawan balik kerusi Lembah Pantai," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai pada satu sidang media di pejabatnya hari ini.
Nurul Izzah juga berkata, atas desakan tersebut SPR sanggup melakukan apa sahaja sehinggakan terdapat dalam senarai nama daftar pemilih yang baru dikeluarkan itu pengundi boleh mengundi dua kali di peti undi yang berlainan.
Selain itu juga, katanya terdapat pengundi yang mempunyai nama di Parlimen Lembah Pantai dan boleh mengundi di Bukit Bintang.
"Melalui penelitian yang telah pihak kami lakukan iaitu semakan senarai nama lebih kurang dua ribu pengundi, kami dapati sebanyak 97 nama mempunyai keraguan iaitu dari segi tiada rekod di dalam sistem talian walaupun dalam senarai daftar pemilih ada.
"Dalam pada itu juga kita telah menjumpai pemilih yang mengundi di dua tempat seperti Saripah Haji Arif (RF90153) yang mengundi di Balai Polis Pantai dan juga di Balai Polis Pekan.
"Sementara itu Mohd Fajree Zulkifli (RF146959) pula boleh mengundi di Balai Polis Pantai dan juga Balai Polis Petaling iaitu di dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai.
"Ini adalah contoh-contoh senarai nama yang telah kami perolehi melalui semakan yang telah dilakukan dan kami pasti jika ditelitikan kesemua nama-nama daripada 97 yang dikenalpasti ia akan meningkat lagi," sambungnya lagi. - Hrkh.
Apa pun, kalau betul Daftar Pemilih yang akan SPR keluarkan lepas ni paling bersih, aku yakin tindakan 'pembersihan' tu bukan sangat dijalankan ke atas daftar pemilih tapi aku rasa lebih pembersihan ke atas database JPN. Maknanya, mana-mana nama yang ada dalam daftar pemilih tapi takdak dalam database JPN, ada puak-puak celaka yang tolong buat kerja pastikan nama-nama tu diujudkan dalam database JPN.
Selain tu memang ada usaha nak masukkan nama-nama yang sebenarnya tak layak dimasukkan tapi kelayakan dibagi juga oleh JPN supaya nama-nama tu boleh dimasukkan dalam daftar pemilih.
Aku yakin semua orang yakin program macam 'kursus keushawanan kepada pendatang asing' yang kantoi sebelum ni adalah sebahagian dari usaha puak-puak celaka tu.
Kalau macam tu yang dikatakan paling bersih, BERSIH KEPALA HOTAK HANG!!!
Takdakdah cara lain untuk pastikan Daftar Pemilih benar-benar bersih selain dari himpunan BERSIH 3.0 yang akan menatijahkan Umno BN dijatuhkan oleh kuasa rakyat.
Berkaitan
- Pemutihan Daftar Pemilih - Nashrudin Tantawi
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis