Bernama melaporkan:
KUALA LUMPUR 10 Nov. – Sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya bermula esok dan dijangka dihadiri beberapa wakil parti politik serta bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga.Diantara beberapa individu yang akan jumpa PSC hari ni aku harap ada dari kalangan bekas tentera yang akan cerita kat PSC pasai kecelaruan pengundi pos dikalangan tentera.
Pengerusi PSC, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, mereka merupakan antara 11 pihak yang akan hadir memberi cadangan dan pendapat berhubung penambahbaikan pilihan raya.
"Sesi pendengaran awam itu akan berlangsung esok dan Sabtu bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang.
“Kita masih menerima senarai pihak-pihak yang ingin mengambil bahagian dan jika tidak sempat dihabiskan esok, kita akan bawa pada Sabtu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kali keempat PSC itu di Parlimen hari ini.
Selain Ambiga, yang lain adalah dari Majlis Belia Selangor, Transparency International, Persatuan Bekas-bekas Polis dan beberapa individu.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, PSC mengaturkan enam sesi pendengaran awam mengikut wilayah di seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan. – Bernama
Lagi cantik kalau KERABAT boleh main peranan kat sini.
Aku harap sangat kecelaruan tu bukan hanya setakat cerita kedai kopi dan markas Pakatan Rakyat tapi dibentangkan di depan PSC supaya depa nampak realiti sebenarnya macamana puak-puak 'si anjing Umno' manipulasi undi POS tu untuk pastikan calon Umno BN menang dalam pilihanraya.
Aku sebenarnya berhajat sangat nak bagi satu bukti kukuh macamana undi POS akan terus dimanipulasi oleh puak-puak 'si anjing Umno.' Aku ada satu kes dengan bukti kukuh ada bekas tentera yang dah pencen lebih setahun tapi nama dia masih ada dalam senarai pengundi POS.
Depa-depa ni walaupun dah lama pencen tapi tak boleh daftar sebagai pengundi awam selagi nama depa sebagai pengundi POS belum dibuang.
Dah tentu punya akan ada tangan-tangan CELAKA yang akan tolong pangkah untuk nama dia masa PRU13 nanti.
Masalahnya, brader sorang ni tak bagi aku gunakan butiran peribadi dia sebagai bukti. Bila aku tanya dia pasai apa tak boleh, dia cuma gelak sambil ingatkan aku jangan sekali-kali publish nama dia. Dia cuma bagi alasan yang dia belum bersedia nak jadi terkenal. Entah apa yang dia takut aku pun taktau.
Aku harap sungguh ada aktivis PAS terutamanya yang rapat dengan orang dalam kem tolong semak maklumat macam ni. Aku yakin bukan nama mamat tu sorang saja yang nama dia masih ada dalam daftar pengundi sebagai pengundi POS, aku yakin banyak lagi nama yang macam tu.
Mungkin pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar yang berpangkalan di Butterworth boleh tolong buat semakan lanjut kes ni.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis