Laman Web Jabatan Pendaftaran Negara kena hack? - Update | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 18, 2011

Laman Web Jabatan Pendaftaran Negara kena hack? - Update

Bila aku baca pendedahan Perisik Rakyat yang terbaru kat sini, dan aku buat entry pasai tu jugak kat sini, aku terperasan yang maklumat dari hasil carian di dari web SPR tu tak ditulis no kad pengenalan lama.

Jadinya dengan bersemangat aku godek daftar pemilih untuk parlimen Parit Buntar terkini yang aku ada, tapis semua nama yang lahir selepas tahun 1978 dan senaraikan yang takdak no kad pengenalan lama.

Ada 239 orang yang berpotensi sebagai pengundi hantu dalam Daftar Pemilih Parlimen Parit Buntar. 
   
Cadangnya semua nama tu aku nak semak no MyKad depa dalam lamanweb JPN. Aku yakin kalau pun mungkin tak semua, tentu banyak dari senarai nama tu takdak dalam database JPN. Bila takdak sah la nama tu pengundi hantu.
 
Sekali bila aku tulis alamat  http://www.jpn.gov.my/semakic/display_myPR.php  keluar macam imej kat bawah ni. Takkan kena hack kut. Tapi kalau Anonymous Hackers punya kerja takkan keluar 'page not found'. Ni mesti... CELAKA!


Mungkin kut aku silap, tapi bila aku type alamat http://www.jpn.gov.my/semakic/ pun tak keluar page nak semak status MyKad tu tapi terus redirect ke muka depan web JPN. CELAKA!!

Aku semak dengan google, memang betul la alamat tu macam imej kat bawah ni.

Memang sah CELAKA!!!

Akhirnya macam yang aku dah jangka, walaupun agak lambat tapi akhirnya JPN tutup jugak page untuk semak status MyKad tu.

Aku dah tau lama pasai page tu dan dah lama guna terutama sekali untuk semak nama dalam borang pengundi baru sebelum hantar kat SPR. Nak pastikan nama dan nombor MyKad yang depa tulis dalam borang tu tak silap. Saja malas nak war-warkan dalam blog pasai page tu takut nanti JPN padam.

Akhirnya memang betul SPR padam. Mungkin la pegawai yang berkenaan yang jaga website JPN ni dah tak tahan kena tekan dengan orang atas yang mungkin kena tekan dengan orang yang lagi atas yang tentu kena tekan dengan puak-puak 'si anjing Umno'.

Kalau tengok betul-betul kat imej tu, ada tulis tarikh akhir kemaskini 17 Ogos 2011, semalam. Mungkin kut tak lama lepas Perisik Rakyat habih buat semakan, webmaster buang page tu.

Puak-puak 'si anjing Umno' tu dah tak reti macammana nak jawab pendedahan yang cukup banyak hasil carian dari page JPN tu. Depa dah tak tahan nak buat pekak badak. Jadinya cara mudah, tutup terus page tu. Lepas ni takdak lagi la pendedahan yang 'menakjubkan' tapi menyusahkan puak-puak 'si anjing Umno' tu untuk menjawab.

Jadinya, sapa tau kut-kut ada cara lain untuk semak status no kad pengenalan tu. Takkan nak semak guna sms kut? Tak larat aku dan makan modai pulak tu. Dah la hantar sms kena RM0.15, terima sms kena charge RM0.20 pulak. Aku dah pernah cuba, sms yang dibalas cuma tulis "No yang dimasukkan tidak sah", takdak tulis no yang kita semak tu.

Akhir sekali, sekali lagi, memang CELAKA!!!!.

Update:
Rupanya dah ada page baru guna url baru: http://semakan.jpn.gov.my/semak_nokpt/

Bila pulak JPN tukar url page ni? Kan dah free ja kena celaka. Ada pulak pengkomen bawah nu kata aku tersalah masuk. Selama ni aku dok masuk ikut 'pintu' tu la, tiba-tiba depa ubah pintu. Takkan salah aku kot. Buktinya google search pun masih tunjuk 'pintu' tu lagi.

Aku terfikir, berdasarkan url baru tu... mungkinkah page tu cuma boleh semak MyKad saja tak macam page sebelum ni boleh semak dua-dua, sama ada MyKad atau MyPR.

Still, smell something fishy.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...